ambil tindakan tegas terhadap pencuri air – Hajiji

0
4كيلو بايت

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu menggunakan undang-undang bawah bidang kuasanya sekali gus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang disyaki mencuri air.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima  Hajiji Noor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang mencuri air selepas sambungan haram dikenalpasti sebagai punca utama untuk air tanpa hasil (NRW) negeri yang mencecah 60%, tertinggi dalam negara.

“Tangkap dan dakwa mereka di mahkamah. Begitu juga dengan kilang-kilang yang didapati mencuri air perlu dibawa ke mahkamah dan bukan hanya dikenakan kompaun,” katanya dalam mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Kira-kira 80 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan protes di Menara Kinabalu petang Jumaat lalu mengenai isu bekalan air di universiti tersebut sebelum bersurai pada pagi Sabtu selepas gagal menyerahkan memorandum kepada Hajiji.

Susulan protes itu, Hajiji berkata Kabinet negeri memanggil Jabatan Air Negeri Sabah untuk memberi taklimat.

“Jabatan Air melaporkan bahawa empat hingga tujuh juta liter air dibekalkan setiap hari kepada UMS, manakala satu telaga tiub membekalkan satu juta liter air sehari.

“Bagaimanapun, bekalan air ke UMS terhad disebabkan oleh sambungan haram yang membekalkan air ke beberapa kampung di belakang universiti berkenaan,” jelas Hajiji.

Hajiji mengarahkan pasukan penguatkuasa memotong sambungan haram itu dan mencadangkan pemasangan tangki berkapasiti 500 liter di lokasi tersebut.

Katanya, apabila loji rawatan air Telibong II beroperasi, ia akan menyediakan tambahan 160 juta liter air sehari untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan utara Sabah, termasuk UMS dan kawasan sekitarnya.

“Kerja-kerja untuk meningkatkan bekalan air di bahagian selatan pantai barat negeri itu – yang akan memberi manfaat kepada penduduk di Papar, Lok Kawi dan Putatan – sudah dimulakan lapan bulan lalu dan dijangka siap pada 2026,” kata Hajiji.

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Tech
senangPay Allegedly Breached - Attacker Threatens To Sell Sensitive Data On Dark Web
The company is working with regulators to investigate the matter and assures that there will be...
بواسطة Iklan viral 2024-08-29 22:32:45 0 2كيلو بايت
Health
Amaran Cuaca Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Hampir Di Semua Negeri
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir...
بواسطة Gakeps Official 2024-09-23 22:35:01 0 2كيلو بايت
الرئيسية
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
بواسطة Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5كيلو بايت
Infomation
Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Tempat Di Sabah Petang Ini
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir...
بواسطة Gakeps Official 2024-10-04 09:12:38 0 982
Crime
Lima nelayan ditahan lakukan aktiviti bom ikan
KOTA KINABALU : Sebuah bot pam beroperasi tanpa lesen bersama lima kru ditahan selepas didapati...
بواسطة Gakeps Official 2024-07-06 12:59:45 0 4كيلو بايت