Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain

0
5K

KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna, kini difahamkan telah berhijrah ke pulau atau ke kampung lain untuk berteduh.

Bagaimanapun, masih ada sebahagiannya yang kekal menetap di kawasan itu walaupun keadaan rumah sudah tidak sempurna selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang dilaksanakan selama dua hari pada minggu lalu.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Natang berkata, dianggarkan terdapat 1,000 komuniti tersebut yang berada di sekitar kepulauan di Semporna.

"Sekarang ini kebanyakkan komuniti Bajau Laut ke pulau-pulau sekitar untuk menumpang berteduh. Ada juga yang pergi ke kampung-kampung lain di sekitar pekan selain ada yang terpaksa merempat di Pekan Semporna.

"Ada juga rumah mereka yang dirobohkan dinding dan bumbungnya saja tetapi lantai masih ada, jadi mereka kekal tinggal di rumah itu tanpa dinding dan atap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebanyakkan komuniti berkenaan sudah tidak menetap di dalam perahu seperti dulu, tinggal secara nomad atau berpindah randah.

"Masih ada yang di atas perahu tetapi agak berkurangan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew menjelaskan operasi pengedaran notis pengosongan dilaksanakan bermula 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS dan kerja-kerja meroboh serta pengosongan penempatan tanpa izin ini dilaksanakan bermula pada 4 hingga 6 Jun.

Sebanyak 138 penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas dan tindakan itu telah ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa rumah mereka turut dibakar.

Bagaimanapun, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri di mana dengan membina strukur tanpa izin adalah menyalahi undang-undang di bawah enakmen tersebut.

Love
Yay
2
carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Pendidikan
amalkan tabiat ini ketika guna basuh baju, mesin basuh baru beli pun jahanam
Mesin basuh merupakan antara perkakasan elektrik pertama yang sering dibeli untuk melengkapkan...
By Iklan viral 2024-11-15 16:07:31 0 623
Bussines News
KUSKOP salur pembiayaan RM953.9 juta kepada usahawan di Sabah – Ewon
KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya...
By Gakeps Official 2024-06-26 13:08:35 0 3K
Local News
Curi barang kemas orang sudah mati, empat anggota polis ditahan
Empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas...
By Iklan viral 2024-11-03 14:08:22 0 2K
Crime
Tokan Dadah Tawau Tumpas, Syabu Bernilai RM10,100 Dirampas
TAWAU: Polis berjaya menumpaskan tokan dadah menerusi penahanan seorang lelaki ketika menunggang...
By Gakeps Official 2024-10-09 00:17:13 0 776
Politik
“Selamatkan Sabah”, slogan terbaru parti Warisan selepas kegagalan slogan “Sabah kita punya” dan “Unity”
AGAK-AGAKNYA Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dan parti beliau, Parti Warisan mahu selamatkan Sabah...
By Gakeps Official 2024-08-16 14:30:04 0 3K