Tiga Kanak-Kanak warga Asing Ditahan Disyaki Rogol Rakan Sekampung

0
5K

TAWAU: Tiga kanak kanak lelaki berumur antara 12 hingga 14 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di sebuah kebun dalam daerah Tawau pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, susulan laporan polis yang terima daripada ibu mangsa pada 4.56 petang Jumaat berkaitan kejadian itu.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau digerakkan dan berjaya menahan suspek berumur 12 hingga 14 tahun pada jam 5.40 petang hari yang sama.

Menurut Champin, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam hari Khamis di sebuah kebun berhampiran sebuah kampung dalam daerah Tawau.

“Dua suspek merupakan pemegang sijil lahir manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan kesemua mereka tidak bersekolah.

“Mangsa kanak kanak perempuan berumur 12 tahun juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan merupakan kenalan serta tinggal sekampung dengan semua suspek,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, polis, kata Champin, telah mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Tawau pada Sabtu dan kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober depan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Film
Hawk Tuah Girl.leak kxc
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉 https://iyxwfree.my.id/watch-streaming/?video=hawk-tuah-girl-leak 🔴 Visit...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-06 14:06:13 0 1K
Film
Trending** One Girl 15 Hand Viral Videos Original Leaked kfb
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-29 06:44:59 0 642
Outro
[+1-855-564-8009] Can I Change the Name on My Airlines Ticket? # AllegIanT
[+1-855-564-8009] Can I Change the Name on My Airlines Ticket? # AllegIanT ☎️📞+𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬𝟵 𝐨𝐫...
Por Mike Jane 2025-01-25 12:11:18 0 928
Film
xxxvideos | [XNXX] sne
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-21 23:53:16 0 841
Film
!#$*[! 18++!]** Pragya Nagra Original Video Link Viral On Social Media X Trending Now ras
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2024-12-30 03:57:54 0 2K