Jalan Masuk Utama Ke Hospital UMS Siap Digunakan Sepenuhnya

0
6K

KOTA KINABALU: Projek Pembinaan Jalan Masuk Utama ke Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sepanjang 1.5 kilometer telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Alexander dalam satu kenyataan media berkata, projek milik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama JKR Sabah.

“Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka di mana pembinaan projek telah dimulakan pada 15 Mac 2021 dengan kos kontrak bernilai RM18.94 juta.

“KERJA-KERJA TELAH SIAP SEPENUHNYA SEPERTI MANA KEPERLUAN KONTRAK DAN PERAKUAN SIAP KERJA (CPC) TELAH DIKELUARKAN PADA 1 JULAI 2024,” KATANYA DALAM MENERUSI KENYATAAN MEDIA DI SINI, HARI INI.

Tambah beliau, skop kerja utama projek ini adalah membina jalan baharu yang menyambungkan Jalan UMS ke HUMS sepanjang 1.25 KM termasuk skop menaik taraf Jalan Numbak sepanjang 0.25 KM dan juga melibatkan kerja-kerja pengalihan utiliti.

“Jalan ini akan memberikan akses laluan ke HUMS dari Jalan UMS yang menghubungkan ke Jalan Yayasan-Kampung Kibagu, selain dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik dalam kawasan UMS dan dapat menjimatkan masa perjalanan ke HUMS,” jelasnya.

Katanya lagi, pasukan projek telah berjaya mengatasi pelbagai cabaran dalam pelaksanaan projek ini khususnya bagi skop kerja-kerja pengalihan pelbagai utiliti yang melibatkan agensi seperti Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Telekom Malaysia (TM), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan utiliti dalaman UMS.

“Pengalihan ini berjaya diselesaikan dengan gangguan bekalan yang sangat minima memandangkan lokasi projek berada dalam kawasan pentadbiran kerajaan negeri, kawasan universiti dan juga kawasan kepadatan penduduk tinggi.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) merakamkan penghargaan kepada KPT yang telah memberikan kepercayaan serta kerjasama kepada JKR Malaysia dan JKR Sabah bagi membolehkan projek ini disiapkan dengan jayanya.

“KKR turut menyeru kepada pihak kontraktor untuk terus komited memikul tanggungjawab khususnya melaksanakan kerja-kerja rutin penyenggaraan dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) selama setahun iaitu sehingga 1 Julai 2025,” ujarnya lagi.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Lain-Lain
[+1-855-564-8009] Can I Change the Name on My Airlines Ticket? # SpirIT
[+1-855-564-8009] Can I Change the Name on My Airlines Ticket? # SpirIT ☎️📞+𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬𝟵 𝐨𝐫...
By Mike Jane 2025-01-25 12:47:15 0 1K
Pendidikan
GLA University Online Education: Qualify Future Learners
The digital era has revolutionized the way education is delivered, and GLA University is at the...
By ONLINE Onlineuniversitiess 2025-01-21 10:21:03 0 1K
Film
Viral@Xvideo xHamster xxx Videos Oficial on tdh
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-11 23:04:58 0 1K
Lain-Lain
Redefining Your Wellness with Concierge Medicine
Traditional healthcare often feels impersonal and rushed, leaving little room for tailored care...
By Casa Privee 2025-02-18 12:06:38 0 596
Film
![wATCH-SE!X@VIDEOS] csc
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2024-12-30 04:12:11 0 2K