Enam penumpang cedera bas ekpress jatuh ke dalam gaung di Lahad Datu

0
4KB

LAHAD DATU : Enam penumpang cedera selepas bas ekspress mereka naiki hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di Batu 9 Jalan Silam Lahad Datu di sini  semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, setakat ini kesemua maklumat mangsa tidak lagi diperoleh selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.24 malam tadi.

Katanya, ketika Pasukan Bomba tiba di lokasi, separuh daripada mangsa telah keluar dengan sendirinya dari bas iaitu seramai 13 orang.

“Pasukan Bomba bersama kekuatan anggota seramai 20 orang dari Balai Bomba Lahad Datu berserta tiga anggota Pasukan Bomba Silam mendapati sebuah bas berkapasiti 32 penumapang jatuh ke dalam gaung.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sumsoa berkata, kesemua mangsa di hantar ke hospital dengan menaiki Ambulans serta jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam tadi,” jelas Sumsoa.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Opinion
Mayat bayi ditanam bawah lantai simen rumah, polis cari bekas penyewa
Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa sebuah rumah di Ipoh,...
Von Gakeps Official 2024-08-29 04:19:42 0 3KB
Crime
Adik Nuraina Dipercayai Dirogol dan Dibunuh, Ada Kesan Koyakan Pada Kemaluan
SUNGAI SIPUT: Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan...
Von Gakeps Official 2024-08-19 03:07:36 0 3KB
Local News
Gara-gara scammer, bank bakal ketatkan peraturan buka akaun baru
Pada masa akan datang, proses untuk membuka akaun bank baharu dilaporkan akan menjadi lebih ketat...
Von Gakeps Official 2024-08-12 08:48:42 0 3KB
Bussines News
Wanita didakwa terima wang RM23000 tanpa lesen, netizen persoal ‘terima duit kena ada lesen ya?’
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima wang deposit...
Von Gakeps Official 2024-09-04 10:47:17 0 2KB
World News
kibar bendera Malaysia boleh didenda atau dijel
SINGAPURA  – Penghuni blok kediaman milik Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan...
Von Gakeps Official 2024-08-14 23:17:51 0 3KB