Enam penumpang cedera bas ekpress jatuh ke dalam gaung di Lahad Datu
LAHAD DATU : Enam penumpang cedera selepas bas ekspress mereka naiki hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di Batu 9 Jalan Silam Lahad Datu di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, setakat ini kesemua maklumat mangsa tidak lagi diperoleh selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.24 malam tadi.
Katanya, ketika Pasukan Bomba tiba di lokasi, separuh daripada mangsa telah keluar dengan sendirinya dari bas iaitu seramai 13 orang.
“Pasukan Bomba bersama kekuatan anggota seramai 20 orang dari Balai Bomba Lahad Datu berserta tiga anggota Pasukan Bomba Silam mendapati sebuah bas berkapasiti 32 penumapang jatuh ke dalam gaung.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sumsoa berkata, kesemua mangsa di hantar ke hospital dengan menaiki Ambulans serta jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam tadi,” jelas Sumsoa.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Games
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Education
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex