Duda dan janda dicekup berdua-duaan dalam kereta pecut cuba larikan diri

0
9KB

Seorang duda dan janda ditahan polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan ketika polis menjalankan rondaan cegah jenayah, jam 10 malam tadi.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum mendapati sebuah Perodua Bezza di parkir di bahu jalan di hadapan sebuah bank di Bahau, dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota peronda menghampiri kereta itu dan ketika mahu melakukan pemeriksaan, suspek mengundurkan kereta sebelum memecut.

“Anggota peronda mengejar sejauh kira-kira satu kilometer sebelum dapat menahan mereka,” katanya.

Hoo berkata, suspek mendakwa melarikan diri kerana takut memandangkan dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Katanya, pemeriksaan mendapati, suspek lelaki mempunyai empat rekod lampau manakala suspek wanita pula 16 rekod dadah dan tiga rekod jenayah.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah. Suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Search
Nach Verein filtern
Read More
World News
E-Bike Market Size, Share, Demand, Key players Analysis and Forecast 2025-2033
MARKET OVERVIEW: The global e-bike market is experiencing significant growth, driven by rising...
Von James Smith 2025-04-09 08:47:11 0 361
Film
Por qu buscan el video de Gabriela Serpa en Telegram? qwh
CLICK THIS L!NKK đŸ”ŽđŸ“±đŸ‘‰...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-18 02:07:33 0 1KB
Other
Macular Degeneration Treatment Market 2025-2033: Industry Growth, Size, Share and Research Report
Market Overview: The global macular degeneration treatment market reached a valuation of USD 9.9...
Von James Smith 2025-03-11 07:49:40 0 763
Other
Unique Food Ideas to Make Your Event Memorable: Caterer
When planning a big event like a wedding, birthday party, or business meeting, you want...
Von Harry Wandusen 2025-03-05 15:24:37 0 743
Ausbildung
How an Online MBA Can Boost Your Career in 2025
The demand for advanced education that aligns with the modern lifestyle has grown exponentially....
Von Online Universities 2025-01-30 07:48:10 0 1KB