Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Kes Bunuh Pelajar - Kolej Vokasional Lahad Datu

0
5K

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan tujuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu untuk dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, 22 Mac lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dikemukakan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili semua tertuduh pagi ini.

Mereka yang berumur 16 hingga 19 tahun sebelum ini dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada jam 9 malam 21 Mac hingga jam 7.38 pagi 22 Mac lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Duncan ketika membacakan keputusannya berkata, mahkamah mendapati tiada keadaan istimewa yang dikemukakan oleh pemohon yang memerlukan pemberian jaminan selain ia dianggap bersifat pramatang kerana kes ini belum lagi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi..

Bagaimanapun katanya, pemohon masih mempunyai kebebasan untuk memfailkan permohonan apabila kes ini sampai ke peringkat Mahkamah Tinggi.

“Permohonan untuk jaminan ditolak,” katanya.

 

Terdahulu Ram Sing dalam permohonannya berkata, secara asasnya pemohon jaminan yang difailkan adalah berkaitan dengan pendidikan pemohon.

Jelasnya, peruntukan di bawah Seksyen 388(1) Kanun Prosedur Jenayah, pemohon sedar bahawa ia hanya terpakai kepada mereka yang di bawah umur 16 tahun, wanita, dan orang sakit atau lemah.

“Pemohon kini berumur 17 tahun dan walaupun mereka tidak semestinya di bawah umur 16 tahun, Akta Kanak-Kanak 2001 sepatutnya masih terpakai.

“Walau apa pun, adalah dalam budi bicara Yang Arif untuk membenarkan jaminan bagi pemohon-pemohon (13 yang telah didakwa) dengan tujuh daripada mereka membuat permohonan pagi ini), mereka semua adalah penduduk tempatan dan berasal dari beberapa daerah di Sabah.

“Mereka juga tiada risiko melarikan diri dan jika jaminan diberikan, ibu bapa akan menjadi penjamin.

“Justeru kami dengan rendah hati memohon Mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan jaminan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussain dalam hujahnya menegaskan semua perkara yang telah dibangkitkan oleh peguam dalam hujahan bertulis serta ucapan lisan telah dinyatakan dalam hujahan bertulis responden.

Selain itu katanya, peruntukan mengikut Seksyen 388(1) Kanun Prosedur Jenayah, mendapati bahawa pemohon tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut, selain Seksyen 84 Akta Kanak-Kanak yang dirujuk juga sekali lagi tidak terpakai berdasarkan keadaan semasa pemohon.

“Berhubung sebab utama untuk jaminan adalah supaya pemohon boleh meneruskan pendidikannya (Sijil Vokasional), pemohon tidak lagi layak untuk meneruskannya kerana beberapa tugasan serta peperiksaan tidak diduduki atau tidak dilengkapkan seperti yang dinyatakan dalam afidavit Pengarah Kolej Vokasional Lahad Datu sendiri.

“Oleh itu, sebab utama permohonan jaminan tidak lagi wujud dan pemohon hanya boleh meneruskan pendidikannya sebagai calon persendirian untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001, pesalah bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri mengikut di mana kesalahan itu berlaku.

Pada 22 Mac lalu, Mohamad Nazmie Aizzat ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.

Sebutan Kes ditetapkan 27 Jun ini di Mahkamah Majistret Lahad Datu. – BH Online

 

Angry
Haha
2
Zoeken
Categorieën
Read More
World News
Tokoh Agama Terkenal Memukul Isteri Guna Paip PVC
JAKARTA  – Seorang tokoh agama yang terkenal di kota Surabaya, wilayah Jawa Timur...
By Gakeps Official 2024-08-30 21:33:29 0 2K
Onderwijs
Lebih 150 Negara Bakal Terputus Internet & Komunikasi, Setelit Boeing Tiba-Tiba Meletup
150 negara bakal terputus internet & komunikasi, setelit Boeing tiba-tiba meletup. Sebuah...
By Iklan viral 2024-10-28 14:59:23 0 2K
Opinion
Muka tak sama dalam resume, Gambar profil guna ‘filter’, wanita dihalau balik dari temuduga
Seorang wanita mendakwa dia dilarang untuk mengikuti sesi temu duga di sebuah kedai kosmetik...
By Iklan viral 2024-10-22 12:35:42 0 842
Politik
Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17
KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara...
By Omiyou Network 2024-10-10 10:18:44 0 1K
Opinion
Jemaah Haji Indonesia Selamba Jual Rojak Di Tanah Suci
Umat Islam sudah diajar untuk meninggalkan urusan dunia apabila mahu beribadah. Namun, masih...
By Gakeps Official 2024-06-20 02:29:39 0 4K