Penipu skim jualan emas lelong 916 ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan

0
6K

Wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit ditahan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.

Menurutnya, suspek ditahan selepas tiba di lapangan terbang sebaik tiba ke negara ini dari Dubai.

“Suspek direman di Mahkamah Alor Setar hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Muka depan Metro Ahad sebelum ini melaporkan lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 yang lebih rendah dari pasaran oleh wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.

Kebanyakan mangsa yang bekerja di satu unit di sebuah hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang berkenaan.

Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan dengan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata merebut ‘tawaran hebat’ terbabit.

Search
Categories
Read More
Other
Why Should You Choose a Limousine Service for Your Next Event?
Ever wondered why a limousine service is often the go-to choice for those planning an upscale...
By Harry Wandusen 2025-02-20 23:11:21 0 951
Bussines News
Delhi to Dharamshala Cab
Book Delhi to Dharamshala cab online at best price. CabBazar provides car rental services for all...
By Cab Bazar 2025-02-11 12:48:21 0 673
Film
[NEWSEXVIRAL] One Girl One Frog Viral Videos Original Leaked Full HD X Link On Social Media X Twitter knb
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2024-12-30 03:30:55 0 2K
Film
Viral Video Call Her Daddy Rachels Hilarious Story Goes Viral afi
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-31 03:47:21 0 1K
Other
Can A Mortgage Broker Speed Up Your Home Purchase?
Have you ever been eager to occupy your dream house but are bogged down by the mountain of...
By Harry Wandusen 2025-04-10 14:17:41 0 196