Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer sebanyak RM200,000 sehari

0
2Кб

Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer RM200,000 sehari. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kontinjen negeri ini merekodkan nilai kerugian terkumpul melebihi RM61 juta melibatkan jenayah scammer sejak tahun ini, dengan purata kerugian RM200,000 sehari.

Jumlah itu didedahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem melalui hantaran di Facebook bagi mengingatkan rakyat Melaka agar tidak menjadi tamak sehingga menjadi mangsa scammer.

Katanya, secara purata, penduduk Melaka mengalami kerugian RM200,000 sehari selepas terpedaya dengan skim cepat kaya meskipun pelbagai program kesedaran sudah dilakukan oleh Polis Kontinjen Melaka.

“Mengikut rekod JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, jumlah terkumpul daripada mangsa penipuan setakat semalam berjumlah RM61,644,080.46.

“Angka itu menunjukkan trend peningkatan sekitar lebih RM200,000 sehari apabila rekod pada tiga hari sebelumnya adalah
RM61,073,897.07, RM61,200,957.07 dan RM61,424,860.12,” tulisnya dalam hantaran dibuat hari ini.

Ujarnya, kegiatan jenayah itu bagaimanapun turut melibatkan beberapa penipuan lain termasuk tawaran kerja kosong, pembelian barang dan percintaan dalam talian.

“Ni scammer serba serbi. Scammer pelaburan, bayar kerja kosong, beli barang, scammer cinta dalam talian.

“Tolonglah rakyat jangan mudah sangat terpedaya dan tamak haloba sebaliknya sentiasalah semak sebelum membeli selain berbincang dengan dengan ahli keluarga jika merasakan ada yang tak kena,” tulisnya.

Поиск
Категории
Больше
Crime
Lelaki miliki empat rekod jenayah lampau bersama syabu ditahan di Tawau
TAWAU : Seorang lelaki warga tempatan memiliki empat rekod jenayah serta dadah ditahan di sekitar...
От sabah post 2024-07-10 12:10:30 0 3Кб
World News
Tokoh Agama Terkenal Memukul Isteri Guna Paip PVC
JAKARTA  – Seorang tokoh agama yang terkenal di kota Surabaya, wilayah Jawa Timur...
От Gakeps Official 2024-08-30 21:33:29 0 2Кб
Crime
Anggota polis peras ugut orang awam RM2,000 ditahan
Ipoh: Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam untuk menyerahkan...
От Iklan viral 2024-10-01 04:37:40 0 1Кб
Crime
padah tolak cinta lelaki, bapa dan anak maut ditikam
Seorang wanita bersama bapanya maut akibat ditikam di hadapan lif sebuah pangsapuri Berlaku di...
От Gakeps Official 2024-11-10 15:44:31 0 1Кб
Local News
Gara-gara scammer, bank bakal ketatkan peraturan buka akaun baru
Pada masa akan datang, proses untuk membuka akaun bank baharu dilaporkan akan menjadi lebih ketat...
От Gakeps Official 2024-08-12 08:48:42 0 3Кб