Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun

0
8KB

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun dipercayai kerana enggan memasuki kongsi gelap.

Tertuduh, 20, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja berkenaan dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kakinya, di kawasan semak belakang taman permainan Taman Mutiara Rini, Skudai, pada 8 malam, 15 Jun.

Mahkamah menjatuhi Lim hukuman denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tan Ka Yan dan Mohamed Imran Mohamed Sam.

Mengikut fakta kes, tiga mangsa berusia 15 tahun itu berada di sebuah pusat beli-belah di Skudai sebelum didatangi 10 remaja, yang memaksa mereka menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa enggan menyertai kumpulan kongsi gelap itu sebelum dipaksa menaiki sebuah kereta dan kemudian dipukul dan dicederakan, selain mereka menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, tujuh remaja berusia 15 tahun hingga 18 tahun mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mencederakan tiga mangsa sama menggunakan senjata iaitu batang PVC yang boleh menyebabkan kematian dan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa sama.

Pertuduhan dikemukakan  mengikut Seksyen 323 dan 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan mencederakan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk kesalahan mencabul.

Tujuh remaja berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di belakang gelanggang futsal Taman Keindahan, Skudai pada 7 malam, 15 Jun.

Jika sabit kesalahan, remaja tersebut boleh diperintahkan berkelakuan baik dengan syarat dikenakan mahkamah atau dilepaskan dengan amaran atau dihantar ke Sekolah Henry Gurney atau membayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Musa manakala Tan dan Mohamed Imran mewakili semua tujuh remaja berkenaan.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan setiap remaja itu diikat jamin RM1,000 seorang, selain melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, serta menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA

Search
Nach Verein filtern
Read More
Film
Viral Video Hurricanes vs Rangers A Thrilling Match Everyone is Watching alp
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-31 02:59:08 0 637
World News
Latest Mustard Oil Prices, Historical and Forecast Data
APAC Mustard Oil Prices Movement Q3:   Mustard Oil Prices in India: Product Category...
Von Stephen Thomas 2025-01-20 06:47:48 0 2KB
Film
(())HOT!* Xxx!Xnxx Alyx Star Xxx Porn Video xnxx Se gws
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-06 11:45:42 0 1KB
Tech
SPRM gunakan teknologi dalam kaedah penyiasatan
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan penggunaan teknologi...
Von Iklan viral 2024-10-01 04:34:18 0 4KB
Ausbildung
The Ultimate Guide to Online BSc: Unlocking Flexible and Affordable Education
In today’s fast-paced digital world, education has evolved to become more accessible,...
Von ONLINE Onlineuniversitiess 2025-01-27 07:49:46 0 1KB