Zarina Anjoulie beri nasihat, “Tolonglah! jangan bercinta dengan lelaki berwajah buruk”

0
2K

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menasihati wanita-wanita di luar sana agar tidak bercinta dengan lelaki berwajah buruk.

Menurut Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, lelaki berwajah buruk lebih cenderung untuk mengambil kesempatan terhadap wanita.

“Jangan buang masa untuk bercinta dengan lelaki yang taraf lebih rendah berbanding anda terutamanya yang berwajah buruk.

“Jangan kasihan sebab lelaki itu berwajah buruk atau tak ada kerja. Jangan! Terutamanya yang hodoh. Jangan buang masa sebab mereka akan gunakan anda untuk kepentingan diri sendiri.

“Kau ingat keluar dengan lelaki buruk mereka tidak akan mempermainkan kau? Lagi sakit jika dipermainkan dengan lelaki buruk.

Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau permainkan aku,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Tambah pelakon drama rantaian Anak Pontianak itu lagi, dia bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri dan tidak mahu wanita di luar sana mengikut jejak langkahnya.

“Dengarlah cakap aku. Aku dah kena banyak kali. Jadi bercintalah lelaki yang sama level dengan anda,” tegasnya.

Zarina Anjoulie yang pernah berkhawin sebanyak dua kali. Bagaimanapun, kedua-dua perkahwinan tersebut bertemu titik noktah.

Dia kemudian bertunang dengan seorang duda yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzy, namun hubungan mereka turut terkandas di tengah jalan.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Local News
Wanita Meninggal Dunia Ketika Turun dari Gunung Kinabalu
RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu,...
By Iklan viral 2024-08-29 22:45:30 0 2K
Crime
Cubaan culik kanak-kanak dua tahun, lelaki warga asing dicekup
Polis menahan lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam cubaan menculik seorang kanak-kanak...
By Iklan viral 2024-10-23 16:17:27 0 1K
Politik
“Selamatkan Sabah”, slogan terbaru parti Warisan selepas kegagalan slogan “Sabah kita punya” dan “Unity”
AGAK-AGAKNYA Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dan parti beliau, Parti Warisan mahu selamatkan Sabah...
By Gakeps Official 2024-08-16 14:30:04 0 3K
Crime
Tiga Anak ‘diseksa’ enggan makan makanan basi, buat seks oral
KLANG – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penderaan...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:17:45 0 942
Crime
Salah faham punca lelaki dibunuh di Tawau
TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing serta menemui sebilah parang dipercayai...
By Gakeps Official 2024-09-02 11:35:08 0 2K