SPRM bongkarkan kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 billion

0
5KB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 billion.

Beberapa siri pembongkaran telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lunpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan berkenaan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Menurut sumber, projek di bawah kementerian itu berjumlah RM1.8 billion telah dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula 2021 hingga 2023.

Pertubuhan terbabit dipertanggungjawab untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada para pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan peringkat negeri masing-masing.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu telah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja-baja padi daripada lima syarikat pengeluar dan membeli bahan-bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat.

Siasatan SPRM akan menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih, kata sumber.

Selain itu, siasatan juga menjurus kepada kesalahan salahguna kuasa yang mungkin berlaku di mana ahli-ahli lembaga pengarah yang terlibat dalam membuat keputusan dalam pemilihan syarikat-syarikat berkepentingan.

SPRM telah merampas dokumen-dokumen berkaitan projek berkenaan di peringkat lementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan dan dalam peringkat kajian mendalam.

Enam orang pegawai kementerian dan pertubuhan terbabit telah dipanggil SPRM untuk ditemubual.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dan tidak menolak akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Film
Lily Phillips Deactivates TikTok After Leaked Video Short Clip muy
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-24 10:57:18 0 756
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
Von Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 6KB
Bussines News
Cab Service in Ranchi
Hire taxi in Ranchi at best price. Book local and outstation cab in Ranchi. Confirmed cab, Real...
Von Cab Bazar 2025-02-11 13:10:48 0 1KB
Film
Watch: Destiny And Nick Fuentes Twitter Video Reddit Destiny And Nick Fuentes Video
37 second ago Destiny And Nick Fuentes Twitter Video Leaked on Reddit. An explicit video leak...
Von Naina Leaon 2024-12-07 12:45:27 0 4KB
Other
[+𝟣-𝟪𝟧𝟧-𝟧𝟨𝟦-𝟪𝟢𝟢9] Delta Airlines Cancellation Policy【Understanding™】
[+𝟣-𝟪𝟧𝟧-𝟧𝟨𝟦-𝟪𝟢𝟢9]  Delta   Airlines Cancellation Policy【Understanding™】 Delta...
Von Mike Jane 2025-01-29 18:16:04 0 680