Curi barang kemas orang sudah mati, empat anggota polis ditahan

0
7K

Empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas milik wanita yang meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kecurian barang kemas itu daripada bapa mangsa pada 8 Oktober lalu.

“Pada awalnya diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis. Walau bagaimanapun selepas memperoleh beberapa keterangan, kita menyiasat kes itu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Rusdi, empat anggota keselamatan yang berusia 28 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Setapak, di sini.

Mereka direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas resit dan seketul logam berwarna kekuningan seberat 11.52 gram.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki mendakwa barang kemas yang dipakai anak perempuannya lesap.

Wanita itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang diletakkan di sebuah kondominium di Setapak pada 1 Oktober lalu.

Berdasarkan gambar yang dikongsi pihak bomba, wanita itu masih memakai rantai dan gelang sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Home
Why Choose Local Freezer Repair Services Over Big-Box Solutions?
Ever had that sinking feeling when your freezer starts acting up, and all your food threatens to...
By Harry Wandusen 2025-01-28 21:40:08 0 1K
Lain-Lain
India Sleep Aid Products Market Size, Share, Growth, Trends and Forecast 2025-2033
India Sleep Aid Products Market Overview Base Year: 2024 Historical Years: 2019-2024 Forecast...
By Rahul Imarc 2025-03-25 09:17:08 0 250
Bussines News
Warangal to Hyderabad Cab
Book Warangal to Hyderabad cab online at best price. CabBazar provides car rental services for...
By Cab Bazar 2025-02-11 12:53:59 0 546
Film
Trending*Andrea Ceballos Video Leak Takes Social Media zay
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-03 12:36:53 0 2K
Film
+$+(full video!!)**Bilzain Aip Viral Video Original Full Video Short Clip aux
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-06 14:16:43 0 1K