Seorang Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang

0
2K

INDONESIA : Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang-awangan dan akan meluahkan rasa sayang mereka itu melalui pelbagai cara.

Namun, cara si suami bernama Selamat ini menunjukkan cinta pada isterinya mungkin kelihatan agak lain daripada orang lain.

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai jurang usia sebanyak 55 tahun ini telah menjadi satu berita gempar. Kini, kisah mereka kembali lagi dan berkongsi serba sedikit tentang kisah kehidupan selepas berkahwin.

Meskipun perkahwinan mereka telah menjadi kontroversi, pasangan tersebut tidak berasa malu untuk meluahkan perasaan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain, walaupun diperhatikan ramai orang.

Menurut Coconuts, lelaki berusia 17 tahun itu telah mengaku pada Detik bahawa dia sebenarnya seorang yang kuat cemburu dan overprotective sehingga dia sanggup mengunci isterinya di dalam rumah setiap kali dia keluar.

“Ya, saya mengunci dia kerana saya takut orang lain akan masuk rumah ketika saya keluar membeli mi atau rokok. Tetapi apabila saya pulang, saya akan membuka pintu.”

Dia juga ada meluahkan hasratnya untuk mempunyai seorang anak bersama Rohaya jika dikurniakan rezeki. “Kalau dah rezeki kami bersyukur dan mudah-mudahan akan dikurniakan anak.” -Detik (4tahun lalu)

Search
Categories
Read More
World News
Tak dapat terima kekalahan anak, bapa anggap ianyasatu penghinaan, bapa tembak juri pertandingan ratu cantik
GARA-GARA tidak dapat menerima kekalahan anak, seorang lelaki bertindak menembak juri...
By Gakeps Official 2024-08-13 03:52:33 0 2K
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
Artist
Putrajaya proposes mediation to settle Dutch model Ivana Smit family suit against cops, home minister over death
KUALA LUMPUR, Aug 28 — The government of Malaysia today proposed mediation in the lawsuit...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:11:52 0 2K
Food
Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah
Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana...
By Gakeps Official 2024-06-23 14:11:08 0 4K
Food
Kalau Pizza Bulat, Kenapa Disimpan Dalam Kotak Petak? Inilah Sebabnya
Pizza merupakan salah satu makanan segera yang semakin popular di seluruh dunia dan menjadi...
By Hermain Sikui 2024-06-19 05:16:09 0 4K