Seorang Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar

0
3K

Seorang pelancong dari China, terselamat dari banjir besar yang melanda sebuah tempat pelancongan popular di Kenya dengan berada di atas pokok selama 12 jam, lapor South China Morning Post.

Liu Jiatu, 28, berkongsi mengenai detik-detik cemas tersebut di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya kejadian banjir tersebut berlaku ketika dia berada di dalam khemah di Basecamp Masai Mara pada 1 Mei.

Dia yang ketika itu sedang tidur, tersedar akibat guruh kuat kira-kira jam 1.15 pagi dan mendapati air telah naik setinggi paras lutut.

Situasi bertukar cemas apabila pintu utama dalam keadaan berkunci dan perabot yang mula terapung membuatkan mangsa nekad mencari jalan keluar lain.

“Dengan membawa dua telefon dengan mulut, saya cuba mengoyak kain khemah itu. Keinginan untuk terus hidup beri saya kekuatan luar biasa dan saya berjaya,” kongsi Liu.

BACA: Pelakon Pirates Of The Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung

Setelah berjaya meloloskan diri dari khemah, Liu bergegas menyelamatkan diri dengan memanjat sepohon pokok dan sempat melihat khemahnya terbelah dua akibat arus deras.

Pemandu Liu gagal menyelamatkannya dan mangsa terpaksa bermalam di atas pokok bersama seorang lagi penduduk tempatan yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Apabila menjelang pagi, mangsa mendapati dia dikelilingi daun kering dan serangga. Mangsa turut menyedari terdapat lebam dan kesan calar pada kakinya. Ketika itu juga, mangsa mendapati pusaran air yang ganas berada di bawahnya.

Mangsa tonton video anjing peliharaan sebelum diselamatkan

Bagi menaikkan semangat, mangsa menonton video anjing peliharaannya di telefon bimbit.

“Untuk kekal berjaga, saya mula cucuk jari dengan jarum dari anting-anting saya. Kerana takutkan kekurangan air dan saya tahu tiada bekalan yang dapat sampai, saya gigit bibir saya, menyangka saya dapat minum darah sendiri untuk terus hidup kalau perlu,” kongsi Liu di laman Weibo.

Setelah puas menunggu, satu pasukan helikopter tiba namun disebabkan keadaan pokok yang tebal di situ, misi menyelamat tidak dapat diteruskan.

Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan apabila penduduk tempatan yang berada di atas pokok bersamanya menggunakan tali untuk memindahkan Liu.

Kecekalan Liu untuk terus hidup mendapat perhatian warganet di media sosial.

Kejadian ini bukan peristiwa pertama yang hampir meragut nyawa Liu.

Pada Julai 2019, Liu pernah mengalami pendarahan dalam otak ketika berada di gim namun kembali pulih dari keadaan kritikal itu.

“Saya berjaya mengelak dari maut dua kali dalam lima tahun, sekarang saya benar-benar kuat,” ujarnya lagi di laman Weibo.

Sementara itu, keadaan hujan lebat di Timur Afrika itu adalah disebabkan kesan El Niño yang berlaku serentak dengan musim hujan bermula Mac hingga Mei 2024.

Sumber: South China Morning Post

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Bussines News
Lembaga Getah Malaysia Aktifkan Insentif Getah Bagi Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di...
Por Bangsawan Epm 2024-09-03 09:04:33 0 2K
Educação
KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan...
Por Gakeps Official 2024-10-02 21:13:17 0 848
Infomation
Najis burung merpati, bila kering makin bahaya
SHAH ALAM: Longgokan najis burung merpati dalam keadaan kering dan terbiar bagi tempoh lama...
Por Gakeps Official 2024-10-23 09:02:40 0 973
Crime
Minta rasuah berjumlah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...
Por Gakeps Official 2024-08-14 02:27:31 0 3K
Local News
Jadual Bayaran Mengikut Bank : STR Fasa 3
Kerajaan melalui Kementian Kewangan telah menyatakan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)...
Por Gakeps Official 2024-08-12 16:36:01 0 3K