Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : Semakan Bayaran RM300 Sebulan

0
73

Program Sentuhan Kasih Rakyat Inisiatif Bantuan RM300 Untuk Golongan Miskin di Sabah

Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.

Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.

Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratusPitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).

Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratusTuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.

Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.