KUSKOP salur pembiayaan RM953.9 juta kepada usahawan di Sabah – Ewon

0
4K

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.685 bilion pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu RM953.9 juta pembiayaan disalurkan di Sabah dan RM731.2 juta di Sarawak.

Katanya, antara agensi terlibat SME Corp. Malaysia, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank dan Bank Rakyat.

“KUSKOP melalui agensi kementerian sentiasa komited melaksanakan pelbagai program bersifat inklusif kepada semua usahawan dan koperasi di seluruh negara,” katanya pada sesi pertanyaan lisan, Persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar), bertanya apakah inisiatif proaktif Kementerian dalam usaha membantu golongan usahawan kecil terutama dalam kalangan B40 dan usahawan belia di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah dan Sarawak.

Ewon berkata, KUSKOP dan agensi-agensi di bawah kementerian itu telah melaksanakan program khusus bagi meningkatkan keberdayaan usahawan khususnya golongan B40 dan usahawan muda di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah dan Sarawak.

“Antaranya Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak oleh SME Corp. khusus untuk usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Sejak dilaksanakan pada September 2023 sehingga 31 Mei 2024, sejumlah 112 usahawan mikro di Sabah dan Sarawak telah diluluskan geran berjumlah RM9.4 juta,” jelas Ewon.

Menurutnya, tempoh 2021 sehingga 31 Mei lalu, SME Corp melaksanakan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di Sabah dan Sarawak sekali gus memberi manfaat kepada seramai 1,171 usahawan belia dengan geran berjumlah RM17.1 juta.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Gara-gara cemburu, isteri maut ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook
Gara-gara cemburu, isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook....
Por Iklan viral 2024-11-04 11:21:59 0 2K
World News
Pengurus bank kantoi curi RM6.7 Juta, ini cara dia buat
Duit yang bernilai lebih RM6 juta yang disimpan telah lesap di sebuah bank terkemuka rupa-rupanya...
Por Gakeps Official 2024-06-24 13:00:58 0 4K
Infomation
250 Pelajar IPT Terima Sumbangan Pendidikan Menerusi MP Sipitang
BEAUFORT: Seramai 250 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)...
Por Gakeps Official 2024-10-09 13:56:06 0 771
Educação
penemuan ikan berkepala buaya di Sabak Bernam
Seorang nelayan terkejut apabila menemui ikan pelik di perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung...
Por Gakeps Official 2024-09-03 03:00:04 0 2K
Educação
Saintis dedah satu hari nanti Bumi akan mengambil masa 25 jam sehari!
Hari di Bumi akan semakin panjang kerana Bulan semakin menjauhi planet kita, menurut laporan...
Por Gakeps Official 2024-08-20 10:55:40 0 3K