SPRM bekukan 11 akaun bernilai RM1.1 Juta, sita 11 beg tangan mewah milik Pengasas FashionValet

0
2K

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet dengan nilai kira-kira RM1.1 juta, susulan siasatan kerugian pelaburan dana melibatkan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang dianggarkan RM43.9 juta.

Menurut sumber, pembekuan tersebut dibuat menerusi operasi yang dikenali sebagai ‘Op Favish’ yang melibatkan 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan berkenaan.

Selain pembekuan akaun, SPRM turut merakam keterangan beberapa individu penting termasuk pegawai kanan dari Khazanah, PNB, dan FashionValet, selain akauntan, penilai syarikat, serta pihak introducer.

Isnin lalu, SPRM turut menyerbu FashionValet Sdn Bhd, Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah, dan PNB, selain merampas dokumen kewangan yang berpotensi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Rabu, kediaman pasangan tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur turut digeledah oleh SPRM sekitar jam 5.30 petang, dihadiri oleh 12 pegawai dan disertai peguam pasangan berkenaan.

Dalam serbuan tersebut, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah bernilai kira-kira RM200,000. Penggeledahan selesai sekitar jam 8 malam.

Azam turut mengesahkan tindakan sitaan itu dan menyatakan bahawa pasangan tersebut dijadualkan hadir semula ke SPRM Putrajaya pada hari Khamis bagi meneruskan proses siasatan dan rakaman percakapan.

Buscar
Categorías
Read More
Educación
penemuan ikan berkepala buaya di Sabak Bernam
Seorang nelayan terkejut apabila menemui ikan pelik di perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung...
By Gakeps Official 2024-09-03 03:00:04 0 2K
World News
Tercungap-cungap ketika baring, seekor anjing kantoi ‘menyamar’ jadi panda
Sebuah zoo di China mendapat kecaman orang ramai kerana mempamerkan dua ekor anjing yang...
By Gakeps Official 2024-09-24 09:30:48 0 2K
Home
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
By Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5K
Infomation
Najis burung merpati, bila kering makin bahaya
SHAH ALAM: Longgokan najis burung merpati dalam keadaan kering dan terbiar bagi tempoh lama...
By Gakeps Official 2024-10-23 09:02:40 0 1K
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
By Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3K