SPRM bekukan 11 akaun bernilai RM1.1 Juta, sita 11 beg tangan mewah milik Pengasas FashionValet

0
1K

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet dengan nilai kira-kira RM1.1 juta, susulan siasatan kerugian pelaburan dana melibatkan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang dianggarkan RM43.9 juta.

Menurut sumber, pembekuan tersebut dibuat menerusi operasi yang dikenali sebagai ‘Op Favish’ yang melibatkan 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan berkenaan.

Selain pembekuan akaun, SPRM turut merakam keterangan beberapa individu penting termasuk pegawai kanan dari Khazanah, PNB, dan FashionValet, selain akauntan, penilai syarikat, serta pihak introducer.

Isnin lalu, SPRM turut menyerbu FashionValet Sdn Bhd, Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah, dan PNB, selain merampas dokumen kewangan yang berpotensi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Rabu, kediaman pasangan tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur turut digeledah oleh SPRM sekitar jam 5.30 petang, dihadiri oleh 12 pegawai dan disertai peguam pasangan berkenaan.

Dalam serbuan tersebut, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah bernilai kira-kira RM200,000. Penggeledahan selesai sekitar jam 8 malam.

Azam turut mengesahkan tindakan sitaan itu dan menyatakan bahawa pasangan tersebut dijadualkan hadir semula ke SPRM Putrajaya pada hari Khamis bagi meneruskan proses siasatan dan rakaman percakapan.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Educação
Awas! Berdengkur semasa tidur boleh jadi punca kematian, ini penjelasan - Dr Malar
Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh seseorang semasa tidur dan boleh menyebabkan...
Por Gakeps Official 2024-11-11 15:07:45 0 1K
Crime
Buruh binaan individu pertama disebat kerana khalwat di Terengganu
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap buruh binaan yang...
Por Gakeps Official 2024-10-30 13:35:47 0 1K
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
Por Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 2K
World News
gagal cegah bencana banjir, Korea Utara hukum mati 30 pegawai kerajaan
Korea Utara menghukum mati beberapa pegawai kerajaan selepas banjir besar pada akhir Julai lalu...
Por Iklan viral 2024-09-06 00:09:39 0 2K
Opinion
Seekor Lagi Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta
Seekor harimau belang dilapor mati selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Lebuh Raya...
Por Gakeps Official 2024-07-08 01:46:02 0 4K