Empat warga Filipina seludup keluar barangan kawalan berjaya ditahan

0
5K

KUDAT : Empat warga Filipina bersama sebuah bot ditahan selepas disyaki membawa muatan pelbagai jenis barang kawalan untuk dijual ke negara jiran di perairan Kudat, di sini semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pihaknya menerima maklumat hasil daripada unit perisikan pada sekitar jam 10.00 malam.

Katanya, ketika bot suspek dikesan serta cuba diperiksa, bot terbabit gagal memberikan kerjasama sekali gus cuba meloloskan diri menuju Pulau Mangsi, Filipina.

“Dalam kejadian itu berlaku aksi kejar mengejar sehingga bot suspek berjaya ditahan di lokasi sekitar 3.2 batu nautika barat laut Pulau Guhuan, Banggi.

“Hasil pemeriksaan terdapat empat warga Filipina berada di atas bot dalam lingkungan umur di antara 17 hingga 48 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, pemeriksaan lanjut menemukan 19 tong gas, 13 pek beras 10 kilogram, 340 paket minyak masak, 70 paket tepung dan 168 paket gula dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke Filipina.

“Suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dengan nilai keseluruhan termasuk bot dianggarkan RM19,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” jelas Maurice.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Opinion
Nak hapus rasuah serta ‘impak yang besar’ ambil dari ‘atas’ -Ayob Khan
PETALING JAYA – “Kalau mahu banteras (rasuah) serta impak besar, ambil tindakan...
By Gakeps Official 2024-08-08 04:41:19 0 3K
Crime
Penipu skim jualan emas lelong 916 ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan
Wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas...
By Iklan viral 2024-10-23 16:20:22 0 1K
Opinion
Jual nasi lemak berharga rm0.50 sen peniaga dedah sebabnya
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai nasi lemak dari seorang pempengaruh yang juga...
By Iklan viral 2024-11-17 22:51:55 0 596
Opinion
viral cium tepung uli pretzel, pekerja Auntie Anne’s dibuang serta-merta
Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia...
By Iklan viral 2024-10-09 05:24:21 0 1K
Food
Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah
Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana...
By Gakeps Official 2024-06-23 14:11:08 0 4K