Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri selepas bertengkar dengan kekasihnya

0
6K

Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri selepas bertengkar dengan kekasih.

Remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan maut oleh orang awam selepas dipercayai jatuh tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini, awal pagi tadi.

Sebelum kejadian jam 1 pagi, remaja itu dikatakan berselisih faham dan bertengkar dengan kekasihnya.

Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut mengelar pergelangan tangan kirinya sebelum jatuh pangsapuri manakala ibunya tiada di rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.

Semakan mendapati ibu bapa mangsa sudah bercerai dan bapanya kini berada di Kuala Lumpur.

“Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar membeli barang dan mangsa adalah anak tunggal.

“Siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui unsur jenayah,” katanya menurut BH Online.

Mengulas lanjut Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
By Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 6K
Altre informazioni
[+1-855-564-8009] Can I Change the Name on My Hawaiian Airlines Ticket? # Hawaiian
β˜ŽοΈπŸ“ž+𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬𝟡 𝐨𝐫 +𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬𝟡 (πŽπ“π€) @@ How to Change a Passenger’s Name on an...
By Jimmy Choo 2025-01-24 16:56:39 0 957
World News
Latest Ulexite Demand, Historical & Forecast Data
North America Ulexite Prices: Insights from Last Quarter   Ulexite Prices in the United...
By Stephen Thomas 2025-02-25 08:56:54 0 1K
Local News
Tiada Lagi Permohonan Tambahan Masa Untuk Projek Pan Borneo Sabah - KKR
KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi permohonan tambahan...
By Gakeps Official 2024-10-07 05:48:38 0 5K
World News
gagal cegah bencana banjir, Korea Utara hukum mati 30 pegawai kerajaan
Korea Utara menghukum mati beberapa pegawai kerajaan selepas banjir besar pada akhir Julai lalu...
By Iklan viral 2024-09-06 00:09:39 0 7K