‘Kereta 40k, personal loan 38k, kad kredit pula 15k’ Wanita mengeluh tertekan kawan dengan golongan M40

0
620

Dalam aspek pengurusan kewangan yang baik, kita disarankan untuk mengurangkan hutang tidak produktif.

Namun, pengaruh media sosial dan tekanan daripada rakan serta keluarga boleh mendorong

seseorang untuk berbelanja melebihi kemampuan demi mencapai standard hidup golongan M40 dan ke atas.

Menerusi akaun X @meinmokhtar, seorang wanita yang identitinya dirahsiakan berkongsi tentang

Situasi kewangan sukar yang dihadapinya, di mana dia kini dikelilingi hutang.

Wanita berusia 27 tahun itu mendedahkan bahawa dia menanggung beban hutang hampir ratusan ribu ringgit kerana terlalu mengikut jangkaan keluarga dan rakan-rakan yang datang dari golongan M40.

“Biasanya orang kongsi tentang aset. Saya nak kongsi tentang hutang. Hutang kereta RM40,000 dengan ansuran 9 tahun, hutang peribadi RM38,000 dengan ansuran 7 tahun, hutang kad kredit RM15,000 dan sewa bulanan RM500,” kongsinya.

Tambahnya, dia tidak memiliki sebarang aset, manakala gaji asasnya hanya sekitar RM2,400. Dia terpaksa bergantung pada komisen untuk mendapatkan pendapatan tambahan setiap bulan.

Disebabkan latar belakang keluarga dan rakan-rakan dari golongan M40, mereka menyangka dia mampu mengikut gaya hidup seperti mereka. Di sebalik senyumannya, dia berasa malu untuk mengakui hutang yang banyak kerana tekanan daripada orang sekeliling, walaupun telah berusaha mencari pekerjaan lain namun belum ada rezeki.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan situasi kewangan yang semakin kritikal itu, serta menganggap ia realiti yang dihadapi oleh ramai golongan muda masa kini.

Ramai memberi nasihat supaya tidak terlalu terikut-ikut gaya hidup orang lain hingga membebankan diri sendiri.

Selain itu, netizen juga mencadangkan wanita tersebut untuk berbincang dengan pihak bank dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan khidmat nasihat serta pelan ansuran yang lebih rendah.

Situasi seperti ini bukan hanya dialami oleh wanita tersebut. Malah, kaji selidik juga mendedahkan bahawa majoriti golongan muda di Malaysia tidak memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 sebagai wang kecemasan dalam akaun bank mereka.

Zoeken
Categorieën
Read More
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
World News
Monyet selamatkan budak perempuan daripada diperkosa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun  terselamat selepas sekumpulan monyet liar...
By Iklan viral 2024-09-27 06:00:49 0 1K
Crime
Hilang Kerja Kerana Rasuah, Lans Koperal Polis Kini Jaga Parking
SHAH ALAM: Bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal, dipenjara sehari dan denda RM6,000...
By Iklan viral 2024-08-29 22:48:59 0 2K
Opinion
Nak hapus rasuah serta ‘impak yang besar’ ambil dari ‘atas’ -Ayob Khan
PETALING JAYA – “Kalau mahu banteras (rasuah) serta impak besar, ambil tindakan...
By Gakeps Official 2024-08-08 04:41:19 0 3K
Local News
Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:38:12 0 1K