Gara-Gara Ketagih Judi Online, Isteri bakar suami Sampai Mati

0
120

JAKARTA – Seorang wanita di Alor, wilayah Nusa Tenggara Timur nekad membakar suaminya gara-gara berang dengan sikap lelaki itu yang gemar berjudi, lapor laman berita Tv One News semalam.

Timbalan Ketua Polis Alor, Komisioner Jamaludin berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai HH, 35, berasa marah selepas memeriksa transaksi akaun bank milik suaminya.

Selepas mendapat tahu suaminya menghabiskan wang yang banyak untuk berjudi online, suspek nekad membeli empat botol minyak petrol.

Sejurus tiba di rumah mentuanya, dia menyimbah petrol ke atas mangsa yang sedang tidur dan di sekeliling bilik, sebelum menyalakan api.

“Mangsa mengalami kesan lecur yang teruk mencapai 80 peratus. Dia dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan,” kata Jamaludin.

Tambah Jamaludin, rumah tersebut hangus terbakar, sebelum api merebak ke dua buah rumah lain.

Dua buah motosikal dan sebuah kereta turut terbakar,” ujarnya.

Menurut Jamaludin, mangsa tidak pernah memberi nafkah kepada suspek selama dua tahun, serta tidak membantu membayar hutang koperasi.

Suspek berdepan hukuman penjara 12 tahun akibat perbuatannya itu. – AGENSI

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Film
ic 814 kandahar hijacking netflix movie
A web series about the 1999 hijacking of an Indian passenger plane has sparked a controversy in...
Por Gakeps Official 2024-09-04 10:55:13 0 2KB
Opinion
viral cium tepung uli pretzel, pekerja Auntie Anne’s dibuang serta-merta
Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia...
Por Iklan viral 2024-10-09 05:24:21 0 1KB
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
Por Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 2KB
Opinion
Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...
Por Gakeps Official 2024-10-09 13:30:09 0 903
Health
Ini Cara mudah nak amalkan tabiat pemakanan lebih sihat, kawal pengambilan gula
Tidak kira pencuci mulut atau minuman berperisa, setiap manisan yang mengandungi gula adalah...
Por Iklan viral 2024-09-20 05:46:38 0 2KB