Syarikat Bagi Ganjaran Wang Untuk Staf Bujang Bercinta

0
5χλμ.

Beijing: Sebuah syarikat di selatan China memperkenalkan insentif tunai sebagai galakan untuk kakitangan bujang untuk bercinta.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Kesatuan Buruh Am Guangdong, baru-baru ini, melaporkan langkah diambil oleh syarikat kamera berpangkalan di Shenzhen, Insta360, yang bertujuan memupuk hubungan romantis dalam kalangan kakitangannya.

Syarikat itu berjanji untuk memberi kakitangan dengan 66 yuan (kita-kira RM41) untuk setiap staf yang memperkenalkan seorang di luar organisasi di platform dating dalam taliannya.

Jika kakitangan berjaya memadankan diri mereka dengan orang luar di platform itu dan mengekalkan hubungan selama tiga bulan, syarikat akan memberi ganjaran 1000 yuan (kira-kira RM618) kepada setiap rakan kongsi dan penyatu jodoh berkenaan.

Seorang kakitangan mendedahkan hampir 500 hantaran dimuat naik di forum syarikat pada 11 November lalu.

Sementara itu, syarikat itu sudah mengagihkan wang tunai berjumlah hampir 10,000 yuan (kira-kira RM6,179) kepada individu yang berkongsi hantaran mengenai bujang.

Ahli kakitangan itu memberitahu disebabkan kempen berkenaan bermula kurang tiga bulan lalu, tiada bonus masih diberikan.

Inisiatif syarikat itu disambut baik oleh kakitangan.

"Syarikat saya lebih bersemangat daripada ibu saya," kata seorang kakitangan secara berseloroh.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa cemburu terhadap kakitangan syarikat berkenaan.

"Adakah syarikat itu mempunyai rancangan mengambil pekerja?," tulis seorang pengguna internet.

"Kerajaan harus mengikutinya," tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, tidak semua memberi reaksi positif kerana seorang individu tidak bersetuju dengan insentif sedemikian, dengan menyatakan kasih sayang tidak boleh diukur dengan wang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China menyaksikan penurunan berterusan dalam kadar perkahwinan.

Rekod terkini kerajaan menunjukkan bahawa 4.74 juta pasangan di China mendaftar perkahwinan dalam tiga suku pertama 2024, mencerminkan penurunan 16.6 peratus daripada 5.69 juta yang didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Αναζήτηση
Κατηγορίες
Διαβάζω περισσότερα
Film
Ice Spice: Nude Art and the Scandal from the Leaked Video bdh
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-27 15:26:04 0 929
Film
[-wATCH-] Anjali Arora Video Original Video Link Anjali Arora Video Viral On Social Media X Trending Now wgj
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-06 12:45:21 0 2χλμ.
Εκπαίδευση
Top 10 Online MCA Colleges in India for a Bright IT Career
In the era of digitalization and technology, pursuing higher education online has become a...
από Online Universities 2025-01-27 07:33:52 0 1χλμ.
άλλο
Forecasting the Isostatic Pressing Market: Trends and Growth Opportunities 2023-2028
MarkNtel Advisors recently published a detailed industry analysis of the  Isostatic Pressing...
από Erik Johnson 2024-12-17 06:56:51 0 3χλμ.
Infomation
[`American #FAQs`]What is the American Airlines 311 rule?
American allowed to bring a quart-sized bag of liquids, aerosols, gels, creams and pastes through...
από Jerry Pride 2025-01-27 18:06:31 0 1χλμ.