gadis ‘tutup buku’ dengan Cikgu Maznah, Hanya selisih faham

0
138

ISU sensitiviti dalam komunikasi sering menjadi perdebatan, terutamanya apabila melibatkan individu yang berpengaruh seperti pendidik.

Baru-baru ini, seorang gadis menuntut permohonan maaf daripada seorang pendidik yang hanya dikenali sebagai Cikgu Maznah selepas soalan yang dianggap sensitif diajukan kepada adiknya.

Dakwa gadis berkenaan, cikgu wanita tersebut telah menanyakan soalan, "ayah kamu sudah mati atau belum?" selepas adiknya memberitahu tidak dapat menghadiri peperiksaan kerana ayah mereka sakit dan berada di hospital.

Dakwanya lagi, cikgu tersebut turut bercakap kasar kepada adiknya yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor.

Gadis yang tidak mendedahkan namanya itu dipercayai membuat pengakuan tersebut di laman media sosial TikTok miliknya, bubblyb0o pada Rabu.

Insiden itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat, yang mempersoalkan tahap empati dan kepekaan seseorang apabila berurusan dengan topik peribadi yang sensitif seperti kehilangan ahli keluarga.

Video itu bukan sahaja mengundang perbincangan hangat di media sosial, tetapi juga membuka ruang untuk menilai semula pentingnya menjaga adab dan emosi individu lain dalam pergaulan harian.

Namun, pada Khamis, wanita berkenaan melalui TikTok miliknya sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warga maya selepas dia membuat permohonan maaf kepada Cikgu Maznah.

Katanya, tujuan dia membuat video berkenaan adalah untuk menjelaskan beberapa perkara berikutan dengan video yang telah pun tular.

"Saya mengaku akan kesalahan saya yang bertindak terlalu mengikut emosi dan terlalu melulu dengan membuat naik video tersebut sehingga telah pun membuka ruang kecaman dan tohmahan terhadap individu tersebut.

"Tetapi, itu adalah kekhilafan daripada saya, seorang manusia biasa, seorang anak yang hanya ingin meluahkan rasa kesal, rasa sedih dan kecewa terhadap perkara yang telah pun berlaku.

"Individu (Cikgu Maznah) tersebut telah pun memohon maaf kepada keluarga saya dan sudi untuk melapangkan masa berjumpa dengan keluarga saya di hospital," katanya.

Gadis tersebut turut meminta jasa baik media-media di luar sana untuk menurunkan semua video yang berkaitan dengan isu tersebut.

"Saya harap video tersebut diturunkan dan pada masa sama, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang mendoakan yang baik-baik untuk keluarga saya, terutama sekali ayah sayalah.

"Sekali lagi, saya ingin meminta maaf andai saya telah mengguris hati mana-mana pihak yang terlibat.

"Cukuplah benda ini kita jadikan sebagai pengajaran dan teladan agar di masa depan, kita sentiasa ada sensitiviti dalam diri dan simpati terhadap kesedihan orang lain," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan (KPM). — Majoriti

Buscar
Categorías
Read More
Educación
KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan...
By Gakeps Official 2024-10-02 21:13:17 0 1K
Food
Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah
Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana...
By Gakeps Official 2024-06-23 14:11:08 0 4K
Local News
Bapa dan Anak Perempuan Hilang Di Air Terjun Hobbiton Kokol Ditemui Selamat
KOTA KINABALU, SABAH – Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui selamat selepas hilang...
By Gakeps Official 2024-09-20 12:28:58 0 2K
Infomation
250 Pelajar IPT Terima Sumbangan Pendidikan Menerusi MP Sipitang
BEAUFORT: Seramai 250 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:56:06 0 761
Credit
Negara Thailand beku 34000 akaun milik scammer
Persatuan Jurubank Thailand (TBA) telah menyenarai hitam seramai 15,000 warga tempatan dan...
By Bangsawan Epm 2024-09-03 12:58:21 0 2K