doktor mengaku tidak bersalah, Rakam punggung wanita

0
254

Seorang pegawai perubatan sebuah hospital didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video punggung dan badan mangsa di sebuah pasar raya, tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Dr Amirul Haqim Ayub, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, lapor Sinar Harian.

Rakam punggung wanita, doktor mengaku tidak bersalah Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video punggung, Julai lalu

Mengikut pertuduhan, Amirul didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja wanita berusia 27 tahun dengan merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan dalam sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan sekitar jam 6.30 petang pada 12 Julai 2024.

Tertuduh yang sudah berkahwin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Nurul Farahdiana Md Saad manakala tertuduh diwakili peguam S Kumaresan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Zoeken
Categorieën
Read More
Onderwijs
Pakar Amerika kumpul jasad makhluk asing lebih 50 tahun
WASHINGTON – Seorang pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) dari Amerika Syarikat (AS)...
By Gakeps Official 2024-08-23 10:04:09 0 2K
Credit
Negara Thailand beku 34000 akaun milik scammer
Persatuan Jurubank Thailand (TBA) telah menyenarai hitam seramai 15,000 warga tempatan dan...
By Bangsawan Epm 2024-09-03 12:58:21 0 2K
Opinion
Lelaki Ditemui Tergantung Di Sebuah Bangunan Plaza Di Pekan Kota Belud
KOTA BELUD: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tergantung di salah sebuah bangunan plaza...
By Gakeps Official 2024-09-25 04:01:22 0 2K
World News
Ular tedung hampir mati tercekik botol ubat batuk
NEW DELHI - Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang...
By Omiyou Network 2024-07-07 03:56:28 0 4K
World News
Mayat wanita ditemui dalam bilik sewa, rupanya dibunuh suami sendiri
MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di...
By Gakeps Official 2024-10-25 13:20:24 0 2K