PADANS SABAH - PORTAL RASMI CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 1 2025 LAYAK ATAU TIDAK SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu rakyatnya, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar eKasih, satu inisiatif bantuan tunai khas telah diperkenalkan. Bantuan ini akan diberikan secara bulanan selama satu tahun bagi meringankan beban kewangan penerima, khususnya dalam memenuhi keperluan asas.
PENGENALAN PADANS SABAH
PADANS merupakan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah iaitu Portal Rasmi untuk permohonan, semakan penerima dan pengemaskinian maklumat penerima bagi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat.
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk rakyatnya yang berpendapatan rendah seperti golongan B40 miskin dan miskin eKasih bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah sekaligus meringankan beban kewangan mereka terutamanya untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PADANS SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
PORTAL RASMI PADANS CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
https://padans.sabah.gov.my/ - Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN PADANS SABAH
Untuk makluman, permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025. Permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam SISTEM PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS).
JUMLAH BANTUAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN SABAH
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
PERHATIAN JANGAN TEKAN SEMBARANG LINK! ATAU MENGISI
DATA ANDA SELAIN DARI
https://padans.sabah.gov.my
ATAU
https://sukur.sabah.gov.my
ANDA BIJAK ANDA SELAMAT!
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Jogos
- Health
- Início
- Literature
- Music
- Networking
- Outro
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educação
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Anterior
- Vps Forex
- Cerita
- agriculture
- assistance
