Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul

0
4K

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang guru yang menafikan seorang pelajar sekolah menengah di Manggatal cedera akibat dipukul sepertimana yang dinyatakan dalam rakaman video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, hasil siasatan mendapati, guru terbabit menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian itu pada jam 6.30 pagi tadi.

Katanya, pelajar lelaki tingkatan tiga itu ditemukan tertiarap di tepi jalan berdekatan sekolah itu.

“Selepas diperiksa, guru terbabit tidak menemukan sebarang kecederaan yang dialami oleh pelajar terbabit. 

“Polis menerima laporan daripada guru berkenaan yang memaklumkan video tular mendakwa pelajar itu dipukul atau terbabit pergaduhan adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Kasim berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

“Siasatan masih dijalankan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghuhungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 49 saat menunjukkan seorang pelajar lelaki tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sekolah berkenaan di Tebobon, Manggatal. 

Individu yang merakam kejadian itu bertanyakan kepada pelajar lain yang turut berada di lokasi sama ada mereka mengenalinya atau tidak.

Pada rakaman 1.10 saat, pelajar terbabit dilihat sedarkan diri bagaimanapun gagal menjawab apabila ditanya sama ada dia dipukul atau sebaliknya.

Individu yang berada di lokasi kejadian kemudian menyarankan supaya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bagi mengelakkan kejadian lebih teruk berlaku.

Buscar
Categorías
Read More
World News
Seluar Dalam Dicuri, Wanita Jumpa Ketua Kampung
Video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki sedang mencuri seluar dalam...
By Gakeps Official 2024-08-07 13:35:07 0 3K
Local News
Curi barang kemas orang sudah mati, empat anggota polis ditahan
Empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas...
By Iklan viral 2024-11-03 14:08:22 0 2K
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
By Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 2K
Local News
Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:38:12 0 2K
Bussines News
Penamatan Subsidi Telur Ayam Sudah Dikemuka Kepada Kabinet
PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C perlu di kaji...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:34:03 0 1K