KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan

0
4K

SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk tidak halal yang bercampur dengan produk halal.

Operasi bersepadu lebih kurang pukul 10.50 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Cawangan Sandakan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, hasil pemeriksaan pasukan berkenaan mendapati bilik sejuk (cold room) pasar raya terbabit menyimpan produk halal bercampur dengan produk tidak halal.

Katanya, produk bercampur terdiri daripada nugget ayam, keju, mentega, buah-buahan serta daging babi.

“Sebanyak 1,016.88 kilogram (KG) produk sejuk beku yang terdiri telah disita dengan nilai rampasan keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM10,686.80.

“Tindakan kes ini adalah hasil perkongsian maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Cawangan Sandakan.

“Kes ini akan disiasat selanjutnya di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Jika sabit kesalahan, syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM 5,000,000,” katanya dalam kenyataan media hari ini di Sandakan.

Azdy berkata, KPDN Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan serta pemantauan terhadap premis yang menjual produk sejuk beku bagi memastikan pematuhan undang-undang oleh peniaga khasnya di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

“Pengguna juga dialu-alukan untuk membuat aduan mengenai salah laku peniaga menerusi saluran aduan rasmi yang telah disediakan oleh KPDN,” jelas Azdy.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Local News
496 Ditahan dan RM80.11 Juta Barangan Dirampas Dalam Ops Tiris
KUDAT, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496...
By Iklan viral 2024-09-01 21:44:39 0 2K
Crime
Kecewa tak dapat anak perempuan, ibu guna kapak bunuh anak sendiri berusia 18 hari
HASRAT memiliki anak perempuan tidak kesampaian menjadi punca seorang bayi lelaki maut dibunuh...
By Iklan viral 2024-09-25 12:59:29 0 2K
World News
Ganjaran RM23 juta untuk 'Permaisuri Kripto'
Washington: Ganjaran AS$5 juta (kira-kira RM23.6 juta) ditawarkan dalam usaha memburu...
By Omiyou Network 2024-06-30 13:04:52 0 4K
Crime
Remaja Dipenjara 11 Bulan, Menipu Maklumat Kad Pengenalan
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi...
By Iklan viral 2024-09-26 10:52:32 0 1K
Opinion
SESB Kini Perkenalkan Meter Pintar
KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan penggunaan...
By Gakeps Official 2024-09-19 02:45:53 0 1K