KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan

0
4Кб

SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk tidak halal yang bercampur dengan produk halal.

Operasi bersepadu lebih kurang pukul 10.50 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Cawangan Sandakan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, hasil pemeriksaan pasukan berkenaan mendapati bilik sejuk (cold room) pasar raya terbabit menyimpan produk halal bercampur dengan produk tidak halal.

Katanya, produk bercampur terdiri daripada nugget ayam, keju, mentega, buah-buahan serta daging babi.

“Sebanyak 1,016.88 kilogram (KG) produk sejuk beku yang terdiri telah disita dengan nilai rampasan keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM10,686.80.

“Tindakan kes ini adalah hasil perkongsian maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Cawangan Sandakan.

“Kes ini akan disiasat selanjutnya di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Jika sabit kesalahan, syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM 5,000,000,” katanya dalam kenyataan media hari ini di Sandakan.

Azdy berkata, KPDN Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan serta pemantauan terhadap premis yang menjual produk sejuk beku bagi memastikan pematuhan undang-undang oleh peniaga khasnya di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

“Pengguna juga dialu-alukan untuk membuat aduan mengenai salah laku peniaga menerusi saluran aduan rasmi yang telah disediakan oleh KPDN,” jelas Azdy.

Поиск
Категории
Больше
Opinion
Gara-Gara Ketagih Judi Online, Isteri bakar suami Sampai Mati
JAKARTA – Seorang wanita di Alor, wilayah Nusa Tenggara Timur nekad membakar suaminya...
От Gakeps Official 2024-11-21 11:33:19 0 74
Crime
Anggota polis peras ugut orang awam RM2,000 ditahan
Ipoh: Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam untuk menyerahkan...
От Iklan viral 2024-10-01 04:37:40 0 1Кб
Crime
Lelaki warga asing gagal larikan telepon bimbit diberkas polis bersama syabu
TAWAU : Seorang lelaki warga asing ditahan selepas gagal melarikan sebuah telefon bimbit di...
От Gakeps Official 2024-08-28 00:58:57 0 2Кб
Local News
peruntukan RM16 bilion keseluruhan untuk Sabah – Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, RM16 billion...
От Gakeps Official 2024-08-05 00:34:48 0 3Кб
World News
20 tahun jadi buruan, seorang penjenayah dikehendaki rupanya Polis!
Seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun didapati...
От Gakeps Official 2024-08-20 10:33:56 0 3Кб