Dua suspek warga asing berkenaan kes gaduh masih diburu polis

0
5K

KOTA KINABALU : Polis sedang mengesan dua suspek warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di sebuah pusat hiburan di Bandaran Berjaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, suspek dikenali sebagai Herman dan Yusuf akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mangsa bekerja sebagai anak kapal disyaki dipukul serta ditikam dengan menggunakan objek tajam.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada perselisihan faham. Kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kasim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kedua-dua suspek ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat ASP Idrus Arshad di talian 019-8233112 atau di mana balai berhampiran.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Mayat Pendaki Gunung Everest Dipercayai Ditemui Selepas 100 Tahun
KATHMANDU, NEPAL – Satu mayat manusia di Gunung Everest yang dipercayai milik seorang...
Por Iklan viral 2024-10-14 01:14:59 0 1K
Infomation
Inilah cara periksa kekerasan alat sulit lelaki, ramai wanita tak tahu
Tahap kekerasan zakar ketika ereksi memainkan peranan penting. Hal ini kerana suami dan isteri...
Por Omiyou Network 2024-10-10 04:55:34 0 983
Opinion
Bapa dan anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah
MUAR: Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak yang...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:38:02 0 3K
Religion
Terkini! Semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak undang Ustaz Don beri ceramah agama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan arahan agar penceramah Ustaz Don Daniyal...
Por Omiyou Network 2024-06-29 12:46:11 0 4K
Crime
Minta rasuah berjumlah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...
Por Gakeps Official 2024-08-14 02:27:31 0 3K