inilah Kerosakan kereta Yang Ramai Terlepas Pandang, Ini 5 Tanda “Head Gasket” Kereta Bermasalah
Seiring dengan peredaran zaman, kereta sudah menjadi keperluan bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Pada hari ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan, tak kira motorsikal, kereta, van dan sebagainya.
Seiring dengan peredaran zaman, kereta sudah menjadi keperluan bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Pada hari ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan, tak kira motorsikal, kereta, van dan sebagainya.
Contohnya seperti apabila kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Kemudian selepas diperiksa, anda baru perasan bahawa jarum suhu kenderaan di papan pemuka menunjukkan bacaan yang tinggi.
Apa yang lagi stress apabila masalah ini kerap terjadi sewaktu sedang memandu ke destinasi. Dalam situasi ini, apa yang perlu kita buat? Mujurlah, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE ada jawapannya.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
Lima tanda head gasket bermasalah
“Bang, kereta aku selalu 𝐎𝐕𝐄𝐑𝐇𝐄𝐀𝐓, air radiator pun cepat habis. Apa masalah dia sebenarnya?”, katanya.
“Ini mungkin head gasket kau yang dah rosak, bro. Kalau head gasket bermasalah, banyak komponen lain pun boleh terkesan.”
Head gasket adalah sejenis lapisan nipis yang terletak di antara blok enjin dan kepala silinder. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan tiga sistem dalam enjin — sistem pembakaran, sistem penyejukan, dan sistem minyak pelincir — tidak bercampur antara satu sama lain.
“Oh, Faham”, sambungnya.
“Kalau head gasket rosak, kesannya bukan kecil, tapi boleh melibatkan kos pembaikan yang besar kalau dibiarkan lama”.
Tanda-Tanda Head Gasket Bermasalah
1. Kereta Overheat
“Kalau suhu enjin cepat naik walaupun baru memandu sekejap, head gasket mungkin dah bocor, menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.”
2. Air Radiator Cepat Habis
“Air radiator selalu kurang tanpa sebab? Itu tanda air mungkin bocor masuk ke ruang pembakaran akibat gasket yang dah rosak.”
3. Asap Putih Tebal dari Ekzos
“Kalau keluar asap putih tebal, itu tanda air coolant dah masuk ke ruang pembakaran.”
4. Minyak Enjin Berubah Warna
“Minyak enjin yang bercampur dengan coolant akan jadi seperti susu coklat. Kalau kau nampak minyak macam ni, head gasket mungkin dah bocor.”
5. Kuasa Enjin Berkurang
“Bila gasket bocor, tekanan dalam ruang pembakaran berkurang, menyebabkan enjin kehilangan kuasa.”
Apa Punca Head Gasket Rosak?
1. Overheat Berulang
“Kalau kereta selalu overheat, tekanan tinggi boleh buat head gasket merekah atau terbakar.”
2. Tekanan Berlebihan dalam Sistem Enjin
“Kalau ada masalah pada radiator atau pam air, tekanan dalam sistem boleh jadi terlalu tinggi dan menekan head gasket.”
3. Usia dan Kehausan
“Gasket yang dah terlalu lama digunakan akan mula haus dan kehilangan keupayaan untuk menahan tekanan tinggi dalam enjin.”
Cara Penjagaan Head Gasket
1. Pantau Suhu Enjin:
“Jangan abaikan tanda-tanda overheat. Jika suhu enjin naik, berhenti segera dan biarkan ia sejuk.”
2. Tukar Coolant Secara Berkala:
“Gunakan coolant berkualiti dan gantikan mengikut jadual untuk pastikan sistem penyejukan sentiasa dalam keadaan baik.”
3. Periksa Radiator dan Pam Air:
“Pastikan tiada kebocoran atau kerosakan pada radiator dan pam air, kerana komponen ini membantu mengurangkan tekanan pada gasket.”
4. Elakkan Pemanduan Agresif:
“Pemanduan yang agresif atau berlebihan boleh meningkatkan tekanan pada enjin, memberi kesan pada gasket.”
“Kalau head gasket rosak, baiki awal boleh jimat banyak duit,” kata pelanggan tadi selepas saya terangkan.
“Betul tu, bro. Jangan tunggu sampai kereta kau rosak lebih teruk. Kalau kau perasan tanda-tanda awal, bawa periksa segera. Head gasket mungkin kecil, tapi peranannya besar untuk enjin.”
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Oyunlar
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- EĞİTİM BİLGİLERİ
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- önizleme
- Vps Forex
- Cerita