Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai RM362,300

0
3كيلو بايت

TAWAU: Sebanyak 6,481.8 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM362,319.54 termasuk cukai dirampas selepas dikesan menggunakan setem cukai palsu di daerah ini.

Rampasan itu dijalankan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah, Tawau, menerusi Ops Macan Legit di dua premis berasingan di Jalan Dunlop dan Jalan Tawau Lama pada 13 Mac dan 25 Jun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan pertama menemukan sejumlah kotak minuman keras buatan tempatan yang mempunyai setem cukai Kastam palsu.

Katanya, semua minuman keras yang dianggarkan bernilai RM206,814.29 termasuk cukai itu terus dirampas oleh pasukan serbuan.  

“Operasi kedua di sebuah premis berasingan pula turut menemukan sejumlah kotak minuman keras buatan tempatan yang mempunyai setem cukai Kastam palsu.

“Barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM155,505.25 termasuk cukai,” katanya dalam sidang media di pejabat Kastam Zon Tawau, di sini, semalam.

 

Menurutnya, notis sitaan dikeluarkan kepada kedua-dua pengurus premis lelaki warganegara berusia 46 dan 55 tahun serta diarahkan hadir ke pejabat Cawangan Penguatkuasaan Kastam Tawau.

“Modus operandi kedua-dua rampasan itu suspek menggunakan setem cukai palsu seakan-akan setem cukai yang sah.

“Nilai keseluruhan daripada hasil kedua-dua rampasan itu dianggarkan berjumlah RM362,319.54 termasuk cukai,” katanya.

Beliau berkata, semua barang-barang bukti disita dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Kastam Tawau untuk siasatan serta tindakan lanjut mengikut Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan di talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

“Kastam juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan,” katanya.

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Sports
Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling
Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling Peninju wanita...
بواسطة Gakeps Official 2024-08-14 23:24:10 0 3كيلو بايت
World News
Mayat wanita ditemui dalam bilik sewa, rupanya dibunuh suami sendiri
MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di...
بواسطة Gakeps Official 2024-10-25 13:20:24 0 1كيلو بايت
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
بواسطة Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 889
World News
Dua Remaja Korea Utara dihukum kerja berat 12 tahun kerana menonton K-Drama
Rakaman kejadian sekitar 2022 yang menunjukkan dua remaja itu berdiri di atas pentas di sebuah...
بواسطة Gakeps Official 2024-07-08 15:15:57 0 3كيلو بايت
التعليم
KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan...
بواسطة Gakeps Official 2024-10-02 21:13:17 0 852