Pegawai Polis disyaki cabul remaja perempuan…Ibu nafi salah laku, anak
SEORANG pegawai polis didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.
Bagaimanapun, lelaki itu menafikan tuduhan tersebut susulan satu rakaman tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, pegawai polis berkenaan dilihat memeluk remaja itu di luar rumah.
Kejadian berlaku di di wilayah Isaan, Sisaket di Thailand pada 29 November lalu.
Sementara itu, ibu remaja berkenaan ketika dihubungi menegaskan bahawa dia tidak menganggap tindakan pegawai
polis itu sebagai kes serangan seksual kerana lelaki itu sangat baik terhadap anaknya.
“Dia (anak) dan pegawai polis itu saling mengenali, walaupun mereka bukan sahabat atau saudara,” katanya.
Tambah wanita itu, pegawai polis tersebut biasanya memeluk dan mencium anaknya seperti yang dilihat di dalam video, tetapi sering melakukannya tanpa memakai pakaian seragam.
Pegawai polis berkenaan turut tampil memberi penjelasan dan menganggap remaja itu seperti anak saudaranya sendiri.
Walaupun penjelasan diberikan oleh kedua-dua pihak, namun beberapa netizen tetap menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keselamatan gadis itu, malah mengesyaki polis tersebut mungkin mempunyai niat lain.
Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex
- Cerita