Seorang Penyanyi wanita meninggal dunia selepas diurut leher

0
5K

Seorang penyanyi wanita meninggal dunia selepas menerima rawatan urut di sebuah kedai urut di wilayah udon Thani pada Ahad.

Chayada Prao-hom dari Guitar record dilaporkan meninggal dunia selepas sesi urutan ketiga melibatkan urutan leher.

Kematian dipercayai berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak kira-kira jam 6 pagi di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani.
Teman lelaki Chayada berkata, kekasihnya mengadu padanya bahawa dia mengalami sakit belakang selepas melakukan persembahan pada 5 Oktober lalu.

“Dia kemudiannya meminta saya membawanya ke kedai urut Thai di Udon Thani.

“Selepas menerima urutan dia mengadu pula rasa kebas pada separuh badan dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan,” katanya kepada wartawan pada Ahad.

Sebelum itu, Chayada menerusi hantaran di Facebooknya berkata, tangannya bengkak dan lebam selepas menerima rawatan urut pada sesi ketiga.

Chayada Prao-hom. – Agensi

Susulan itu, teman lelakinya berkata, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut itu tetapi mengakui tidak pasti sama ada terdapat cukup bukti untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan berkata, pegawai jabatan akan menyemak sama ada pusat urut yang dikunjungi mangsa adalah berlesen atau tidak untuk menyediakan perkhidmatan itu.

“Apa yang perlu kita teliti ialah sama ada perkhidmatan urutan yang mereka berikan (kepada Chayada) adalah amalan yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand,” katanya.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Finance
How Can An Accountant Improve Financial Reporting Accuracy?
Have you ever scratched your head wondering how on earth to understand financial reports that...
By Harry Wandusen 2025-03-05 21:10:59 0 1K
Film
[VIRAL VIDEO!] Imsha Rehman Original Full Video Short Clip zaq
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2024-12-31 14:56:53 0 2K
Altre informazioni
Exploring Shillong: Must-Visit Places in the Scotland of the East
Shillong, the capital of Meghalaya, is a mesmerizing hill station known for its lush greenery,...
By Kajaawa Tour And Cabs 2025-04-26 03:58:40 0 704
World News
Pengetua Sekolah Maut Saat Menanam ‘Benih Padi’ Dengan Guru Wanita
Seorang pengetua sekolah meninggal dunia ketika bersama seorang guru wanita di sebuah bilik...
By Omiyou Network 2024-08-25 10:21:38 0 9K
Film
Leaked Kendall Love Island Video Reddit
Over the weekend, Love Island USA star Kendall Washington was thrown to the internet wolves when...
By Liza Throne 2025-01-03 13:18:24 0 3K