Lima nelayan ditahan lakukan aktiviti bom ikan

0
4Кб

KOTA KINABALU : Sebuah bot pam beroperasi tanpa lesen bersama lima kru ditahan selepas didapati melalukan aktiviti bom ikan dii Pulau Mengalum di sini baru-baru ini.

Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot pam bersama lima orang kru tersebut berjaya ditahan bot peronda Maritim Malaysia hasil risikan dalam suatu operasi lebih kurang jam 11.50 pagi pada hari kejadian.

Katanya, juragan beserta empat kru yang dipercayai warga Filipina itu ditahan bukan sahaja melakukan kesalahan memiliki hasil tangkapan  disyaki menggunakan bahan letupan malah turut gagal mengemukakan dokumen diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kru dipercayai melanggar Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/6.

“Juragan ini gagal mengemukakan lesen bot yang dibenarkan, bot pam itu dikompaun di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Peraturan-Peraturan dan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Che Engku Suhaimi berkata, memiliki ikan atau hasil laut ditangkap menggunakan bahan letupan merupakan satu kesalahan serius sekali gus memberi kesan buruk kepada ekosistem lautan serta mengakibatkan habitat hidupan laut semakin terjejas.

“Sekiranya didapati bersalah juragan dan kru bot boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM20,000 atau penjara selama tempoh dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Komuniti Maritim dinasihatkan tidak melakukan aktiviti menangkap ikan yang melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan,” jelas Che Engku Suhaimi.

Menurutnya, sebarang kelakuan jenayah laut salurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan di talian 088-387774 atau hubungi MERS 999.

Поиск
Категории
Больше
Образование
Resipi masak udang buttermilk paling mudah tapi sedap tak cukup nasi
Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak. Rasa berlemak dari susu serta...
От Gakeps Official 2024-08-04 18:54:28 0 3Кб
Local News
KPDN Sabah Rampas 206 Liter Diesel, Tahan Seorang
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya...
От Gakeps Official 2024-08-06 15:11:48 0 4Кб
World News
Penceramah mengaku pesuruh Nabi, dakwa boleh faham bahasa semut dan jin
JAKARTA – Tindakan seorang penceramah di Indonesia yang mengaku dirinya boleh bercakap...
От Omiyou Network 2024-06-29 12:43:26 0 5Кб
Crime
Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng Di Sabah adalah Kenyataan Keterlaluan – Polis
KOTA KINABALU : Polis Sabah menganggap kenyataan bahawa dadah dijual seperti pisang goreng...
От Gakeps Official 2024-07-09 13:11:23 0 5Кб
World News
20 tahun jadi buruan, seorang penjenayah dikehendaki rupanya Polis!
Seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun didapati...
От Gakeps Official 2024-08-20 10:33:56 0 3Кб