DBKK Tingkatkan Pemeriksaan Dan Pemantauan Premis Makanan

0
4K

KOTA KINABALU: Sejumlah 245 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan Undang-Undang Kecil (Anti-Sampah Sarap) 1984 telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, kepada pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi syarat lesen dan gagal memastikan premis mereka berada dalam keadaan bersih dan teratur.

Dalam tempoh yang sama, DBKK melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) juga telah membuat pemeriksaan dan penggredan ke atas 1,133 premis makanan, yang mana sebanyak 326 premis telah mendapat gred A, 798 premis mendapat gred B dan sembilan (9) premit mendapat gred C.

TANDAS-TANDAS DI PREMIS MAKANAN TURUT DIPERIKSA DAN DIBERIKAN PENARAFAN BINTANG SEPANJANG JANUARI HINGGA JUN 2024, IAITU 323 BUAH TANDAS PREMIS MAKANAN DIANUGERAHKAN 3 BINTANG KE ATAS DAN 392 BUAH TANDAS MENDAPAT 2 BINTANG KE BAWAH.

Menerusi pemeriksaan ini, pengusaha premis telah diarahkan untuk membuat penambahbaikkan dan memastikan tandas di premis mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik.

Hasil pemeriksaan juga mendapati sejumlah 280 premis makanan telah menjalankan kawalan makhluk perosak (‘pest control’) di premis mereka.

Mana-mana premis makanan yang belum berbuat demikian, hendaklah melaksanakan kawalan makhluk perosak dengan kadar segera.

DBKK mengucapkan Tahniah kepada premis makanan yang berjaya mencapai gred dan penarafan bintang yang cemerlang. Semua pengusaha premis makanan dinasihati untuk mematuhi peraturan sedia ada demi menjamin kebersihan dan keselamatan kualiti makanan yang dijual.

Buscar
Categorías
Read More
Educación
Pakar Amerika kumpul jasad makhluk asing lebih 50 tahun
WASHINGTON – Seorang pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) dari Amerika Syarikat (AS)...
By Gakeps Official 2024-08-23 10:04:09 0 2K
Tech
YouTuber “Modified” Pasang Enjin Petrol Pada Tesla, Boleh Pergi 2,574 Km Tanpa Perlu Cas
Seorang Youtuber mencuri perhatian komuniti kereta di seluruh dunia apabila mengubah suai dan...
By Gakeps Official 2024-07-10 21:17:00 0 3K
Infomation
STR masuk akaun penerima bermula Khamis minggu depan 29 ogos
PETALING JAYA – Seramai lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan menerima...
By Gakeps Official 2024-08-23 12:22:58 0 3K
Educación
Rupanya inilah kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’
Ramai pengumpul wang atau numismatik sedang mencari wang kertas RM1 yang bertandatangan...
By Gakeps Official 2024-08-14 11:08:54 0 3K
Opinion
Jemaah haji indonesia menjerit minta wang depan Kaabah
MEKAH  –  Perbuatan seorang jemaah haji Indonesia yang selamba menjerit meminta...
By Omiyou Network 2024-06-20 12:28:45 0 4K