Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal

0
5K

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala rakannya berusia dalam lingkungan 20 tahun kritikal dan menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pekerja di pusat hiburan berkenaan, kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bergegas dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa terbabit pergaduhan dengan suspek disyaki akibat perselisihan faham.

“Kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala rakan parah dan kini masih menerima rawatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, hari ini.

 

Kasim berkata, pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan polis mengesan ada suspek namun belum mengenai pasti mereka.

“Usaha kini dijalankan untuk mengesan seterusnya menangkap suspek yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan,” katanya.

Kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga Indonesia yang mempunyai dokumen.

“Kedua-dua mangsa datang ke pusat hiburan berkenaan untuk berhibur dan pemeriksaan juga mendapati premis pusat hiburan itu sudah beroperasi selama enam bulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
World News
Yang sakit kaki sebelah kanan, yang kena potong kaki kiri, hospital tersalah potong kaki pesakit
Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya...
By Gakeps Official 2024-11-19 01:00:40 0 881
World News
Anak Remaja Mogok Lapar Tiga Hari, Minta Beli Iphone Dari Mak
Iphone merupakan salah satu jenama telefon pintar yang menjadi kegilaan orang ramai di serata...
By Iklan viral 2024-09-04 03:28:27 0 2K
Crime
Tiga Anak ‘diseksa’ enggan makan makanan basi, buat seks oral
KLANG – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penderaan...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:17:45 0 912
Local News
496 Ditahan dan RM80.11 Juta Barangan Dirampas Dalam Ops Tiris
KUDAT, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496...
By Iklan viral 2024-09-01 21:44:39 0 2K
Opinion
Wanita tak mau terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen
SEORANG wanita didakwa membuli pekerja penghantaran berstatus orang kurang upaya (OKU) ketika...
By Gakeps Official 2024-08-13 03:47:08 0 3K