Kepada Pemilik PPR diingatkan tidak sewakan rumah kepada warga asing – Nizam

0
4K

TAWAU: Penduduk memperoleh kemudahan Program Perumahan Rakyat (PPR) diingatkan agar tidak menyewakan atau menjual rumah mereka tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penempatan PPR disediakan kerajaan merupakan  kemudahan yang perlu disyukuri sekali gus dijaga dengan sebaiknya.

Katanya, PPR merupakan inisiatif kerajaan membantu rakyat menyediakan tempat tinggal selesa pada kadar sewa yang paling rendah serta mampu milik.

“Kita tidak mahu rakyat yang sudah berjaya mendapatkan rumah ini mengambil kesempatan dengan memberi sewa atau menjualnya kepada orang lain terutamanya warga asing.

“Sekiranya sudah mampu membeli rumah lain dan tidak lagi tinggal di PPR, mereka perlu mengembalikan kepada PBT supaya dapat diberikan kepada pemohon lain yang sangat memerlukan,” katanya.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, penduduk di PPR Taman Sri Apas dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti peraturan serta perjanjian yang dipersetujui dengan kerajaan khasnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Saya mahukan penduduk di sini tinggal dengan aman dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

“Penduduk di sini juga diingatkan supaya tidak menjadi vandalisme, sebaliknya menjaga dengan sebaiknya kemudahan yang diberikan,” jelas Nizam.

Mengulas mengenai majlis itu, Nizam mengucapkan syabas dan tahniah kepada MPT sebagai penganjur utama bersama agensi lain kerana menjayakan program ini.

“Saya difahamkan program ini sudah diadakan sejak enam tahun dan pendekatan ini cukup baik kerana agensi kerajaan turun padang berjumpa dengan penduduk untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

“Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang dan mendapat sokongan daripada semua pihak,” tambah Nizam.

Search
Categories
Read More
World News
Wanita di Lombok Jual HP Rakan Kerja, Sebagian Hasil Curian Disumbangkan Untuk Palestina
Jakarta - Seorang wanita asal Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB), Anita Agustya (25),...
By Omiyou Network 2024-09-05 03:13:32 0 2K
Local News
wanita Beritahu suami pergi kelas memandu, rupanya berkhalwat dengan lelaki warga bangladesh
Dua wanita tempatan ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh oleh...
By Iklan viral 2024-11-15 16:00:36 0 1K
World News
Polis tahan 'UFO' di lebuh raya
Washington: Pegawai Pejabat Syerif Daerah Crawford, baru-baru ini, menahan sebuah kenderaan yang...
By Gakeps Official 2024-07-04 03:21:03 0 3K
Education
Awas! Berdengkur semasa tidur boleh jadi punca kematian, ini penjelasan - Dr Malar
Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh seseorang semasa tidur dan boleh menyebabkan...
By Gakeps Official 2024-11-11 15:07:45 0 2K
Crime
Dua pekerja Sabah Electricity cedera akibat diancam di Lahad Datu
Lahad Datu: Sabah Electricity Sdn Bhd hari ini membuat laporan polis selepas berlaku provokasi...
By Iklan viral 2024-11-20 16:08:44 0 1K