Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India

0
3K

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara di India petang semalam.

Hasina meninggalkan negaranya berikutan bantahan besar-besaran menentang kerajaannya, menurut media India.

Hasina berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh sebelum mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran New Delhi, lapor saluran berita India Today.

Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.

Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Crime
13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu
TAWAU: Semua 13 pelajar lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pelajar...
By Gakeps Official 2024-08-14 23:29:15 0 3K
Crime
Buruh binaan individu pertama disebat kerana khalwat di Terengganu
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap buruh binaan yang...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:35:47 0 1K
World News
Jika Pekerja 'Tidak Gembira' Tidak Perlu Datang Bekerja, Boleh Ambil Cuti
Seorang peniaga runcit dari China telah memperkenalkan konsep baru yang dipanggil “cuti...
By Gakeps Official 2024-08-08 13:04:58 0 3K
Crime
Minta rasuah berjumlah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...
By Gakeps Official 2024-08-14 02:27:31 0 3K
Opinion
Undang-undang malaysia lemah”, jawapan ‘kerek’ warga Singapura bila disoal kenapa isi minyak Ron95
Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan telah lama memaklumkan hanya warganegara Malaysia sahaja...
By Iklan viral 2024-08-27 21:58:42 0 3K