KPDN Sabah Rampas 206 Liter Diesel, Tahan Seorang

0
3K

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam Op Tiris yang dijalankan di Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang Isnin lalu.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, serbuan jam 11 pagi di sebuah stesen minyak itu berjaya merampas 206 liter minyak diesel dan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat KPDN

Sabah menjalankan siasatan di lokasi sebelum mengesan sebuah lori kotak cuba membuat pembelian minyak diesel di stesen minyak terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, lori

berkenaan mempunyai tangki tambahan jenis fiber di bahagian belakang dan disyaki mengandungi minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 206 liter. 

 

“Lori dan minyak diesel terbabit seterusnya disita untuk siasatan lanjut selepas pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan

membawa minyak diesel yang disimpan di dalam tangki tambahan selain tangki minyak kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM30,442.90 dan seoranh pemandu lori warga tempatan berumur 31 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

“Mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh

membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan terhadap semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan barang kawalan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan

kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Opinion
‘Kereta 40k, personal loan 38k, kad kredit pula 15k’ Wanita mengeluh tertekan kawan dengan golongan M40
Dalam aspek pengurusan kewangan yang baik, kita disarankan untuk mengurangkan hutang tidak...
Por Gakeps Official 2024-11-19 01:04:53 0 960
World News
wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang
Wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang. Seorang wanita dari New...
Por Gakeps Official 2024-06-19 19:36:13 0 4K
Scam
Scammer pelaburan paling suka guna aplikasi Telegram cari mangsa
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan Telegram menjadi medium yang paling...
Por Iklan viral 2024-09-06 06:37:37 0 2K
Crime
Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah
TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama 26 paket syabu di sebuah...
Por Iklan viral 2024-10-10 15:00:34 0 1K
Local News
Remaja Perempuan Cuba Terjun Bangunan
LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan dipercayai cuba bertindak terjun dari tingkat satu di...
Por Omiyou Network 2024-09-04 10:35:19 0 2K