“Dalam IC dia perempuan.” Suami terkejut isteri sebenarnya lelaki, mohon batalkan perkahwinan segera

0
3KB

Hati suami manakah yang tidak hancur luluh apabila mengetahui isteri dinikahinya rupa-rupanya adalah seorang lelaki.

Kisah ‘sebenar’ pasangan yang menikah di Selatan Thailand itu terbongkar selepas si suami hadir ke sebuah mahkamah syariah untuk memfailkan tuntutan faraq nikah.

Difahamkan, lelaki berkenaan nekad membubarkan perkahwinannya secara rasmi di mahkamah untuk mengelak dari berlakunya sebarang masalah pada masa hadapan.

Ketika menjawab pertanyaan hakim, lelaki itu mengakui baru sahaja mendapat tahu mengenai jantina sebenar isterinya selepas mereka bernikah di Selatan Thailand.

Lelaki itu juga mendakwa tidak pernah mensyaki ada apa-apa perkara yang tidak kena sebelum ini memandangkan jantina tertera di kad pengenalan isterinya adalah ‘wanita’.

Tular di media sosial, kisah ini diceritakan semula oleh seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Hafiz Nur menerusi hantaran dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“ISTERIKU LELAKI! Ini kisah benar. Antara keburukkan menikah di Thailand adalah tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci dan tiada ujian saringan kesihatan.

“Takut juga tersalah nikah di tempat yang tidak diiktiraf oleh Mahkamah Syariah serta keraguan berkenaan status pernikahan tersebut sama ada sah atau sebaliknya dari segi hukum syarak.

“Perkahwinan seolah tidak wujud di sisi undang-undang Malaysia selagi tidak didaftarkan dan akan memberikan kesan sekiranya berlaku kematian. Fikir-fikirkanlah,” kata peguam itu di ruangan kapsyen.

Mengulas lanjut, peguam terbabit memberitahu bahawa terdapat kekeliruan dalam kad pengenalan sang isteri yang membuat pertukaran dokumen itu ketika menukar agama.

Sekadar info, ramai rakyat Malaysia memilih melakukan akad nikah di Songkhla, Narathiwat, Yala ataupun Pattani dengan tujuan berpoligami selain tidak mendapat restu keluarga.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
Crime
Buruh binaan individu pertama disebat kerana khalwat di Terengganu
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap buruh binaan yang...
Par Gakeps Official 2024-10-30 13:35:47 0 1KB
World News
Parlimen bertukar jadi gelanggang gusti
BEBERAPA ahli Parlimen Turkiye cedera selepas terlibat dalam pergaduhan yang tercetus ekoran...
Par Gakeps Official 2024-08-19 15:07:21 0 3KB
Domicile
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
Par Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5KB
Opinion
Segerakan ambil tindakan isu babit polis di media sosial – Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin mahu maklum balas segera diambil terhadap...
Par Gakeps Official 2024-11-05 13:01:54 0 922
Health
lebih 191 kes cirit-birit, muntah, demam di Tenom, disyaki jangkitan Rotavirus – Dr Asits
KOTA KINABALU : Seramai 191 individu di daereh Tenom dijangkiti gastroenteritis akut...
Par Gakeps Network 2024-06-17 13:24:36 0 4KB