lebih 191 kes cirit-birit, muntah, demam di Tenom, disyaki jangkitan Rotavirus – Dr Asits

0
4K

KOTA KINABALU : Seramai 191 individu di daereh Tenom dijangkiti gastroenteritis akut (AGE), disyaki berpunca daripada Rotavirus yang menyebabkan muntah, cirit-birit dan demam, bermula 2 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Asits Sanna, mengesahkan wabak itu dinotifikasikan pada 6 Jun selepas banyak kes dengan gejala sama direkodkan di daerah berkenaan.

Katanya, JKNS melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tenom mula mengenal pasti peningkatan kes AGE pada 4 Jun menerusi survelan AGE yang dijalankan secara berterusan.

“Siasatan lanjut berdasarkan tarikh mula gejala yang dilaporkan antara 2 Jun 2024 hingga 13 Jun mendapati jumlah notifikasi kes AGE sebanyak 191 kes. Sebanyak 154 kes menerima rawatan pesakit luar, manakala 37 lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Sebanyak 33 kes sudah discaj dan hanya empat kes masih berada di wad, tapi dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Asits bagi menjawab surat yang tular di aplikasi Whatsapp berkaitan peningkatan kes AGE di daerah Tenom.

Menurutnya, berikutan wabak berkenaan, JKNS mengaktifkan aktiviti kawalan, termasuk siasatan epidemiologi, makmal, persekitaran dan pendidikan kesihatan kepada kes serta orang awam.

“Setakat ini, sebanyak 19 sampel klinikal diambil daripada kes yang dimasukkan ke Hospital Tenom dan didapati 16 sampel klinikal menunjukkan kehadiran Rotavirus.

“Punca jangkitan yang disyaki berkemungkinan daripada pengambilan air tercemar. Sampel persekitaran juga diambil bagi mengesan punca kejadian.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) juga dimaklumkan untuk mengambil tindakan pemantauan pengklorinan air terawat di daerah itu,” katanya menjelaskan jangkitan Rotavirus dikaitkan dengan jangkitan pada usus yang biasa berlaku terhadap kanak-kanak.

Katanya, gejala jangkitan ialah cirit-birit, muntah dan demam yang boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi serta boleh membawa maut sekiranya rawatan lanjut tidak diberikan segera.

Rotavirus boleh ditularkan melalui air atau makanan yang tercemar dan kontak secara langsung dari najis ke mulut (faecal-oral) seseorang individu. Ia juga boleh merebak secara kontak ke mulut melalui tangan, alat permainan atau permukaan tercemar,” katanya.

Sebagai pencegahan, beliau menyarankan beberapa langkah perlu untuk mengelak jangkitan, antaranya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan serta memasak makanan dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna.

“Makanan pula perlu disimpan pada suhu sesuai dan di tempat bersih, penggunaan air perlu dipastikan dari sumber selamat dan bersih, selain hanya meminum air yang sudah dimasak,” katanya mengingatkan orang ramai segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala cirit-birit.

Search
Categories
Read More
Local News
Gara-gara scammer, bank bakal ketatkan peraturan buka akaun baru
Pada masa akan datang, proses untuk membuka akaun bank baharu dilaporkan akan menjadi lebih ketat...
By Gakeps Official 2024-08-12 08:48:42 0 3K
Crime
Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer sebanyak RM200,000 sehari
Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer RM200,000 sehari. Jabatan...
By Omiyou Network 2024-10-24 13:20:54 0 2K
Infomation
Mereput di Golok! Perasaan takut ditahan pihak berkuasa Thailand sukar digambarkan
Pengalaman menjadi banduan di Penjara Narathiwat, Thailand, selama lapan bulan memberi keinsafan...
By Gakeps Official 2024-11-11 15:11:40 0 1K
Crime
Empat warga Filipina seludup keluar barangan kawalan berjaya ditahan
KUDAT : Empat warga Filipina bersama sebuah bot ditahan selepas disyaki membawa muatan pelbagai...
By Sabah News 2024-06-14 23:35:32 0 5K
Film
'GOAT' Movie review: Blockbuster written all over Vijay’s film, say netizens
The highly anticipated film GOAT starring Thalapathy Vijay and directed by Venkat Prabhu, hit...
By Omiyou Network 2024-09-05 02:40:42 0 2K