Transporter warga asing ditahan, syabu dirampas

0
880

TAWAU : Seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi ‘transporter’ ditahan bersama 13.46 gram syabu di sekitar kawasan hadapan sebuah pondok hentian bas, Batu 15 Jalan Apas, Tawau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 52 tahun itu, pada mulanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika polis menjalankan rondaan cegah jenayah kira jam 3.30 petang.

Katanya, polis kemudiannya bertindak menahan suspek dan hasil siasatan awal membawa kepada penemuan syabu seberat 13.46 gram.

“Suspek menyerahkan tiga peket  plastik lutsinar berlainan saiz setiap satunya berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 13.46 gram dengan anggaran harga RM1,100.

“Polis menahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan dan hasil ujian saringan mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, suspek akan  direman serta disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis giat mengesan rangkaian pengedaran dadah di daerah ini dan tidak akan berkompromi dengan penjenayah malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan dadah.

“Mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang, PDRM Tawau mengalukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat bersama membanteras kegiatan jenayah dan dadah,” jelas Jasmin.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Guru agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar
JAKARTA – Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan...
Por Iklan viral 2024-09-27 06:12:29 0 1K
Opinion
viral warga palestin mengamuk tendang rosakan perhiasan di lobi, Di Wisma Transit Kuala Lumpur
Sejak Rabu lepas, satu insiden yang tidak menyenangkan telah tular di platform media sosial...
Por Gakeps Official 2024-10-04 06:29:51 0 1K
Educação
Rupanya inilah kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’
Ramai pengumpul wang atau numismatik sedang mencari wang kertas RM1 yang bertandatangan...
Por Gakeps Official 2024-08-14 11:08:54 0 3K
Credit
Negara Thailand beku 34000 akaun milik scammer
Persatuan Jurubank Thailand (TBA) telah menyenarai hitam seramai 15,000 warga tempatan dan...
Por Bangsawan Epm 2024-09-03 12:58:21 0 2K
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
Por Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4K