Sprm Sabah Tahan Penguat kuasa sebuah agensi disyaki terima rasuah RM120,000

0
3K

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000.

Menurut sumber, suspek dipercaya melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Katanya, suspek lelaki berusia sekitar 30-an telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi dalam satu operasi dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada bulan Ogos 2024 ini.

“Suspek disyaki telah meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah, esok bagi mendapatkan permohonan reman dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat.

Angry
1
Buscar
Categorías
Read More
Crime
Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal
KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan...
By Gakeps Network 2024-06-16 12:53:01 0 5K
World News
Guru agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar
JAKARTA – Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan...
By Iklan viral 2024-09-27 06:12:29 0 2K
Opinion
susah nak tahu jantina, Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti
Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi masalah apabila nama yang tertera pada tiket...
By Gakeps Official 2024-09-19 11:27:39 0 2K
Crime
Kes Pertama Di Malaysia Guna Dron Seludup Dadah
TAPAH – Polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:59:13 0 3K
Infomation
Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat...
By Gakeps Official 2024-08-15 14:22:08 0 4K