Wanita tak mau terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen

0
3كيلو بايت

SEORANG wanita didakwa membuli pekerja penghantaran berstatus orang kurang upaya (OKU) ketika individu itu menghantar pesanannya.

Menerusi perkongsian seorang lelaki di sebuah grup Facebook, difahamkan wanita berkenaan enggan membuat bayaran

bagi minuman yang ditempah melalui kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).

“Salam sahabat-sahabat, minta tolong sesiapa boleh buat laporan polis atas nama Adeline Chang.

Dia buat hal lagi, kali ni dia buli orang OKU… order barang tak nak bayar,” dakwanya.

Wanita tak mahu terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen

“Otak dia tak okey, dia dah famous…. Wanita tak mahu terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen.”

Lelaki itu membuat dakwaan sambil berkongsi semula muat naik daripada pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ yang terlebih dulu berkongsi foto serta video membabitkan pekerja OKU terbabit. Daripada rakaman yang dibuat, kelihatan pekerja itu merupakan OKU kategori bisu.

Tingkah laku pekerja berkenaan menunjukkan dia seperti meminta pelanggan terbabit segera membuat bayaran bagi air yang dipesan.

“Tadi penunggang ini memberi saya minuman. Dia menjerit dan menekan hon motosikal dengan kuat. Terdapat video dengan bukti. Penunggang itu menjerit. Anda semua perlu percaya bukti video,” tulis Adeline dalam bahasa Mandarin.

Namun, rata-rata netizen tidak berpihak kepada wanita berkenaan dengan menyifatkan dia sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa apabila membuli pekerja OKU.

Disebabkan kecaman yang teruk di ruangan komen, Adeline sekali lagi menulis status di Facebook bagi menjelaskan apa yang berlaku.

“Biar saya jelaskan. Rider tu baru saja hantarkan air. Atas sebab tertentu, saya dengan penuh sopan beritahu saya tak nak air itu.

“Saya minta rider tu bawa semula air tu ke kedai. Atas sebab tertentu saya tidak bercadang untuk mengambil minuman itu sama sekali. Saya akan buat pesanan lagi sekali.

“Tetapi rider ni memicit hon motosikalnya dan menjerit macam orang gila. Saya ambil gambar dan rakam video dia dengan telefon sendiri,” ujarnya.

Adeline mendakwa pekerja berkenaan tidak memahami arahannya supaya memulangkan pesanan tersebut ke kedai.

“Saya suruh dia hantar balik minuman tu ke kedai tapi dia tak faham.

“Masalahnya saya tak minta pun air itu. Tak kisah la sebab OKU sentuh atau tidak, saya tak nak,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, jelas sekali netizen tidak bersetuju dengan tindakan Adeline yang dianggap cuba membuli golongan OKU.

“Awak boleh buat bayaran penuh untuk membuang minuman itu. Jangan diskriminasi dan buli OKU.

“Kita nak orang ni minta maaf pada rider OKU tu. Tolong hati-hati orang macam ni ya.

“Otak dia tak okey. Dia dah famous. Kita nak tegakkan keadilan untuk rider OKU berkenaan,” menurut beberapa netizen.

Pada 24 Mac 2024, kisah individu sama pernah dikongsikan mStar apabila taktiknya enggan membayar upah e-hailing dinaiki dibongkar di media sosial. Malah pada 23 Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak merakam percakapan Adeline Chang berhubung tindakannya memuat naik gambar seorang kanak-kanak berserta kapsyen bersifat jelik.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika sabit kesalahan.

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Crime
Lelaki maut ditetak selepas bantu jiran lapor polis di keningau
KENINGAU - Berang isteri dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya, seorang lelaki...
بواسطة Iklan viral 2024-09-20 08:18:15 0 3كيلو بايت
World News
Seorang Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang
INDONESIA : Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang-awangan dan akan...
بواسطة Gakeps Official 2024-11-05 12:58:13 0 2كيلو بايت
الرئيسية
Kepada Pemilik PPR diingatkan tidak sewakan rumah kepada warga asing – Nizam
TAWAU: Penduduk memperoleh kemudahan Program Perumahan Rakyat (PPR) diingatkan agar tidak...
بواسطة Gakeps Network 2024-06-16 21:20:02 0 4كيلو بايت
Crime
Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng Di Sabah adalah Kenyataan Keterlaluan – Polis
KOTA KINABALU : Polis Sabah menganggap kenyataan bahawa dadah dijual seperti pisang goreng...
بواسطة Gakeps Official 2024-07-09 13:11:23 0 4كيلو بايت
التعليم
‘Baby walker’ telah banyak negara dah haramkan ini puncanya
Bagi ibu ayah yang baru nak menyambut anak pertama merepa pasti berasa eksaited untuk menyambut....
بواسطة Gakeps Official 2024-08-19 03:12:13 0 3كيلو بايت