Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya

0
7K

TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kalabakan, Januari tahun lalu.

Tertuduh, yang juga pemegang pasport Indonesia berumur 13 tahun (ketika kejadian) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Zahirah Safarudin, 13, (tiada dokumen pengenalan diri) dalam sebuah ladang kelapa sawit dekat Kalabakan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada 4 Januari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suryana manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 10 hingga 14 Februari tahun hadapan untuk perbicaraan penuh dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil seramai tujuh saksi untuk memberi keterangan.

Tertuduh sebelum ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada 18 Januari tahun lalu sebelum kes didengar di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Difahamkan, mayat si mati (mangsa) ditemukan dalam keadaan tangan diikat di dalam parit di lokasi kejadian dengan kesan luka di kepala, selain mangsa diturut disyaki dirogol.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Film
*VIRAL~lily phillips Videos Original Link gqn
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-18 02:38:37 0 912
Film
WATCH@ Attack on Titan: THE LAST ATTACK (2024) (+FullMovie!) Free Online On Streamings smf
04 seconds - With the increasing demand for online entertainment, the entertainment industry has...
By Borfeg Borfeg 2025-01-16 01:18:47 0 983
Lain-Lain
How Can Dog Day Care Center Improve Your Pet's Behavior?
Have you ever wondered why your Fido turns into a whirlwind of activity the instant you return...
By Harry Wandusen 2025-03-01 18:43:51 0 784
Lain-Lain
What Makes A Craft Brewery Stand Out In A Crowded Market?
Ever wandered down the beer aisle and felt overwhelmed by the choices? Why do some craft...
By Harry Wandusen 2025-02-13 18:39:25 0 827
Crime
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
JEMPOL: Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing...
By Gakeps Network 2024-06-17 21:57:10 0 9K