Berang muka dilempar telefon bimbit, lelaki cekik dan jerut kekasih

0
7KB

Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila bertindak membunuh teman wanitanya, selepas berang dengan tindakan mangsa melempar telefon bimbit ke mukanya.

Mangsa dikenali sebagai Tyar Aprilia Aninditha, 24, warga Lombok, Nusa Tenggara Barat, sementara suspek dikenali Erwan berusia 31 tahun yang menetap di Kwadengan Timur, Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo.

Suspek yang membunuh kekasih telah ditahan polis.

“Mangsa ditemui meninggal dunia di bilik sewanya dan pembunuhan dilakukan oleh teman lelakinya sendiri,” kata Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Christian Tobing, dalam satu sidang media di ibu pejabat polis berkenaan pada Isnin.

Christian berkata, kejadian berlaku pada 4 Ogos 2024, sekitar jam 5 petang di bilik sewa mangsa bernombor 113, tingkat tiga, di Desa Banjarbendo, Kota Sidoarjo.

“Kematian mangsa disebabkan oleh dicekik dan dijerut menggunakan sehelai kain untuk membunuh mangsa.

“Motif pembunuhan dipercayai suspek marah apabila mangsa melempar dan menghempas telefon bimbit ke mukanya, selepas mereka bertengkar,” katanya.

Jelas Christian lagi, polis menemui beberapa barang bukti di tempat kejadian antaranya dua unit telefon bimbit dan kain yang digunakan suspek Ketika membunuh.

Suspek kini telah ditahan dan bakal dituduh di bawah undang-undang Fasal 338 KUHP dan Fasal 351 Ayat (3) KUHP yang boleh membawa kepada hukuman 15 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Film
Phoebe Viral Video King Phoebe Toto Video
Phoebe Toto has become one of TikTok's latest viral stars, captivating audiences with her...
Von Lisa Throne 2024-12-09 12:13:56 0 5KB
Film
VIRAL Camilla Araujo Leaks Xvideo XXX xnxx sck
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-03 13:11:17 0 2KB
World News
Alexandra Ianculescu Video Leak: Addressing the Controversy with Facts
In today’s digital age, athletes and public figures often face the challenge of managing...
Von Kitty Parry 2024-12-31 15:11:53 0 2KB
Film
[VIRAL!]] Imsha Rehman Leaked Video Tutorial Original Full Video Short Clip mbp
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-01 08:04:32 0 2KB
Other
Here's Why a Bartending Company Is a Game-Changer for Your Wedding
Weddings are once-in-a-lifetime wonderful occurrences. Planning one can, however, be a swirl of...
Von Harry Wandusen 2025-02-19 22:19:08 0 743