Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000

0
4K

JEMPOL: Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya,

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mangsa berusia 61 tahun itu terpaksa membayar sejumlah wang kepada suspek yang dikenalinya di Facebook sebagai Ayuni Seri bagi mengelakkan videonya tersebar.

“Suspek dipercayai warga Indonesia membuat panggilan video dalam keadaan tidak berpakaian pada 3 Jun, 4.30 petang, mangsa diminta membuka pakaian dan melayan (panggilan) video itu lebih kurang seminit.

“Susulan itu, pengadu menerima (panggilan) video lucah terbabit dan suspek mengugut menyebar gambar pengadu di media sosial dengan ugutan sejumlah wang,“ katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata pengadu yang juga pesara kerajaan membuat pengiriman wang sebanyak enam kali ke empat akaun berlainan berjumlah RM44,500 pada 5 Jun hingga 7 Jun.

Beliau berkata mangsa terus diminta memasukkan wang sebanyak RM58,500 semalam untuk menyelesaikan masalah tersebut namun disebabkan kehabisan wang, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Pendidikan
Awas! Berdengkur semasa tidur boleh jadi punca kematian, ini penjelasan - Dr Malar
Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh seseorang semasa tidur dan boleh menyebabkan...
By Gakeps Official 2024-11-11 15:07:45 0 2K
Local News
nak dapatkan projek besar, isteri sanggup curang dengan lelaki lain
Rumah tangga yang dibina selama lebih dua dekad akhirnya berkesudahan dengan perceraian...
By Gakeps Official 2024-09-16 21:37:37 0 2K
Pendidikan
‘Baby walker’ telah banyak negara dah haramkan ini puncanya
Bagi ibu ayah yang baru nak menyambut anak pertama merepa pasti berasa eksaited untuk menyambut....
By Gakeps Official 2024-08-19 03:12:13 0 3K
Opinion
Jemaah haji indonesia menjerit minta wang depan Kaabah
MEKAH  –  Perbuatan seorang jemaah haji Indonesia yang selamba menjerit meminta...
By Omiyou Network 2024-06-20 12:28:45 0 5K
Home
Kepada Pemilik PPR diingatkan tidak sewakan rumah kepada warga asing – Nizam
TAWAU: Penduduk memperoleh kemudahan Program Perumahan Rakyat (PPR) diingatkan agar tidak...
By Gakeps Network 2024-06-16 21:20:02 0 4K